window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pelancaran Honda BR-V generasi baharu SUV 7-penumpang ditangguhkan ke Nov 2021?

Haris · Aug 12, 2021 01:00 PM

Pelancaran Honda BR-V generasi baharu SUV 7-penumpang ditangguhkan ke Nov 2021? 01

Honda Prospect Motor telah mengumumkan penangguhan pelancaran Honda BR-V generasi kedua ke November 2021. Hal ini berikutan daripada pameran GAIKINDO Indonesia International Auto Show (GIIAS) yang dijadualkan pada bulan Ogos 2021 ditunda kepada November 2021.

Pelancaran Honda BR-V generasi baharu SUV 7-penumpang ditangguhkan ke Nov 2021? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut laman sesawang Autofun.id, Yusak Billy, Pengarah Pemasaran, Jualan dan Inovasi Perniagaan PT Honda Prospect Motor menjelaskan bahawa perancangan untuk pengenalan produk baharu akan tetap mengikuti GIIAS.

Pelancaran Honda BR-V generasi baharu SUV 7-penumpang ditangguhkan ke Nov 2021? 01

GIIAS adalah antara pameran automotif terbesar di rantau ini

“Pada dasarnya, kami tetap akan bersama-sama GIIAS walaupun ditunda sehingga November 2021, dengan keutamaan pelancaran produk. Tetapi, saya tidak mengatakan sebarang produk yang spesifik justeru perkembangan pelaksanaan pameran ini akan terus kami pantau,” ujar beliau dalam satu sesi wawancara virtual.

Pelancaran Honda BR-V generasi baharu SUV 7-penumpang ditangguhkan ke Nov 2021? 02

Apabila ditanya mengenai desas-desus Honda N7X Concept (Honda BR-V generasi kedua) adalah produk yang dimaksudkan, beliau tidak memberi sebarang kata putus.

Baca: Kejap, Honda N7X Concept BUKAN pengganti Honda BR-V tetapi model SUV yang lebih besar?

Pelancaran Honda BR-V generasi baharu SUV 7-penumpang ditangguhkan ke Nov 2021? 03

“Untuk pelancaran Honda N7X Concept di GIIAS atau di luar GIIAS, kita tunggu sahaja. Kami akan tetap memantau perkembangan keadaan (situasi Covid-19) di Indonesia,” ujar Yusak.

Walaupun Billy dilihat cuba menidakkan bahawa Honda N7X Concept adalah Honda BR-V generasi baharu, beberapa maklumat yang tertiris menunjukkan sebaliknya.

Pelancaran Honda BR-V generasi baharu SUV 7-penumpang ditangguhkan ke Nov 2021? 04

Antaranya adalah imej paten yang didaftarkan di bawah nama Honda BR-V mirip dengan perincian dan komponen Honda N7X Concept.

Baca: Spyshot: Gambar paten Honda BR-V didedah! Mirip sangat dengan Honda N7X Concept?

Pelancaran Honda BR-V generasi baharu SUV 7-penumpang ditangguhkan ke Nov 2021? 05

Honda BR-V dilihat menerima nafas baharu yang lebih segar dengan rekaan SUV untuk kembali menerajui pasaran kenderaan 7-penumpang. Sebelum ini, rekaan Honda BR-V generasi pertama menyerupai MPV atau crossover telah mencetuskan fenomena di pasaran ASEAN justeru melahirkan pesaing seperti Mitsubishi Xpander dan Toyota Rush / Daihatsu Terios generasi ketiga.

Pelancaran Honda BR-V generasi baharu SUV 7-penumpang ditangguhkan ke Nov 2021? 06

Model Honda BR-V generasi baharu ini juga dijangka akan menjengah ke Malaysia seawal tahun 2022 namun penangguhan pelancaran ini tentunya bakal memberi kesan kepada perancangan tersebut.

Baca: Honda BR-V generasi baru - pelancaran Malaysia seawal tahun 2022?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda BR-V Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda