window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pelancaran Kia Carnival 2022 CKD tergendala sedikit, bakal tiba pada awal suku kedua 2022

Haris · Sep 23, 2021 04:30 PM

Pelancaran Kia Carnival 2022 CKD tergendala sedikit, bakal tiba pada awal suku kedua 2022 01

Dinamikjaya Motors, pengedar baru untuk kenderaan Kia di Malaysia dan anak syarikat Bermaz Auto, sebelum ini dijangka akan melancarkan model Kia Carnival 2022 versi CKD yang dipasang secara tempatan pada awal tahun 2022.

Pelancaran Kia Carnival 2022 CKD tergendala sedikit, bakal tiba pada awal suku kedua 2022 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaubagaimanapun, menurut sumber dari RHB Investment Bank, pelancaran yang dirancang berlaku pada Disember 2021 kini telah ditukar kepada Mei 2022, suku kedua tahun 2022.

Hal ini berikutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan yang mengakibatkan perancangan mereka tergendala seketika waktu.

Baca: Kia Carnival 2021 pandu kanan di Pameran Motor Bangkok 2021 – apa barang pakai Alphard?

Pelancaran Kia Carnival 2022 CKD tergendala sedikit, bakal tiba pada awal suku kedua 2022 01

Gambar promosi Kia Carnival di Thailand

Kia Carnival generasi baharu membuat pelancaran pertama untuk rantau ASEAN di Thailand pada November 2020 sebelum disasarkan untuk pelancaran seterusnya di Singapura, Indonesia dan Malaysia.

Bermaz Auto telah memaklumkan bahawa penubuhan projek CKD di sini akan mengambil masa antara 12 ke 18 bulan dan mereka pun baru sahaja mengambil-alih operasi jenama Kia di Malaysia pada awal bulan April 2021.

Pelancaran Kia Carnival 2022 CKD tergendala sedikit, bakal tiba pada awal suku kedua 2022 02

Selain daripada Kia Carnival, model lain yang dirancang untuk projek CKD adalah Kia Seltos dan sebuah lagi model yang masih dirahsiakan.

Baca: Kia Carnival CKD baru bakal dilancarkan awal 2022, Seltos Q4, mensasarkan jualan 2,000 unit di Malaysia

Pelancaran Kia Carnival 2022 CKD tergendala sedikit, bakal tiba pada awal suku kedua 2022 03

Kia Carnival 2022 dengan 8/11 penumpang dikuasakan oleh enjin 2.2 liter VGT turbodiesel SmartStream yang menghasilkan 202 PS dan 440 Nm, menggerakkan roda depan melalui transmisi 8 kelajuan automatik.

Model varian teratas, Carnival SXL dilengkapi dengan paparan skrin sentuh 12.3 inci, pad pengecasan tanpa wayar, pembesar suara Bose bersama dengan Kamera Pemandangan 360 darjah dan pintu gelangsar dan but kuasa One Touch. Ruang but belakang kini jauh lebih besar dengan 627 liter, walaupun dengan tempat duduk baris ketiga dinaikkan.

Pelancaran Kia Carnival 2022 CKD tergendala sedikit, bakal tiba pada awal suku kedua 2022 04

Gambar promosi Kia Carnival di Thailand

Projek CKD untuk Kia Carnival 2022 bertujuan untuk mensasarkan harga MPV tersebut di bawah RM 200,000 sekaligus memberi persaingan kepada model MPV mewah seperti Toyota Alphard dalam pasaran recond.

Rebiu: Video: Kia Grand Carnival 2020 11 tempat duduk – pilihan terbaik selain Vellfire/Alphard?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Kia Carnival 2.2D 11-Seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda