window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pelancaran Mercedes A-Class CKD Malaysia - serendah RM 220k, makin mampu milik!

Haris · Oct 27, 2021 12:45 PM

Pelancaran Mercedes A-Class CKD Malaysia - serendah RM 220k, makin mampu milik! 01

Setelah 8 bulan selepas Mercedes-Benz Malaysia (MBM) mengumumkan rancangan untuk memperluaskan barisan model pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia, jenama bintang 3 penjuru tersebut kini telah memperkenalkan Mercedes-Benz A-Class Sedan 2021 CKD bersama-sama Mercedes-Benz GLA 2021 CKD di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPac).

Pelancaran Mercedes A-Class CKD Malaysia - serendah RM 220k, makin mampu milik! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mercedes-Benz A-Class sedan CKD ini boleh didapati dalam 2 varian iaitu A200 Progresive Line yang berharga dari RM 219,888 (RM 210,902, dengan pengecualian SST) dan A250 AMG yang bermula daripada RM 259,888 (RM 239,858, dengan pengecualian SST).

Harga tersebut adalah sekitar RM 2k - RM 10k kurang daripada versi CBU import, masing-masing berharga daripada RM 222,121 dan RM 259,255.

Pelancaran Mercedes A-Class CKD Malaysia - serendah RM 220k, makin mampu milik! 01

Harga penuh seperti yang tertera

Sebelum ini, Sedan A-Class diimport sama ada dari Mexico atau Jerman dengan model dasawarsa ini dibawa masuk dari Eropah. Versi CKD pula dipasang di kilang MBM di Pekan, Pahang.

A200 dikuasakan oleh enjin 1.3 liter 4-silinder pengecas turbo (163 PS / 250 Nm) dan ia merupakan model Mercedes-Benz baharu paling murah yang dijual di sini.

Pelancaran Mercedes A-Class CKD Malaysia - serendah RM 220k, makin mampu milik! 02

Tetapi jika anda memerlukan lebih kuasa, A250 adalah varian yang lebih tepat. Ia dikuasakan oleh enjin 2.0 liter pengecas turbo (224 PS / 350 Nm). Kedua-dua varian dipadankan dengan transmisi automatik dwi-klac 7-kelajuan yang memacu roda hadapan.

Pelancaran Mercedes A-Class CKD Malaysia - serendah RM 220k, makin mampu milik! 03

Dari segi kelengkapan, Merc A-Class Sedan CKD dilengkapi setanding rakan sejawat CBU. Kedua-dua model didatangkan dengan lampu hadapan LED dengan pancaran tinggi automatik dan muncung ekzos palsu, yang sedikit mengecewakan sesetengah daripada kami di pejabat.

Pelancaran Mercedes A-Class CKD Malaysia - serendah RM 220k, makin mampu milik! 04

Mercedes-Benz A250 didatangkan dengan kit penggayaan AMG yang menambahkan sedikit visual yang sporty pada 'Baby Benz' ini termasuk bampar yang lebih agresif, skirt sisi dan rim aloi berlencana AMG.

Pelancaran Mercedes A-Class CKD Malaysia - serendah RM 220k, makin mampu milik! 05

Model A200 diperlihatkan

Bergerak ke bahagian dalam, kedua-dua varian berkongsi ciri yang sama dengan kluster meter instrumen MBUX berkembar 10.25-inci dan paparan infotainmen menjadi tumpuan utama pada papan pemuka. Ia disokong dengan sistem kawalan suara yang membolehkan pengguna mengendalikan ciri seperti penyaman udara dan navigasi dengan menyebut "Hai Proton" "Hey Mercedes".

Pelancaran Mercedes A-Class CKD Malaysia - serendah RM 220k, makin mampu milik! 06

Model A250 diperlihatkan

Kemasan dalaman turut membezakan kedua-dua varian. A200 paling asas menggunakan kemasan kayu dan upholsteri kulit tiruan Artico, manakala A250 menerima stereng berbalut kulit Nappa, kemasan aluminium dan upholsteri mikrofiber Artico dan Dinamica.

Pelancaran Mercedes A-Class CKD Malaysia - serendah RM 220k, makin mampu milik! 07

Dari segi keselamatan, kedua-dua varian didatangkan dengan 7 beg udara, Active Brake Assist (AEB) dan Active Parking Assist dengan kamera undur.

Pelancaran Mercedes A-Class CKD Malaysia - serendah RM 220k, makin mampu milik! 08

Dengan model Mercedes-Benz A-Class CKD kini berharga lebih hampir dengan BMW 218i Gran Coupe (dari RM 211,367), mampukah Baby Benz yang kelihatan lebih anggun memintas Baby Beemer yang sporty?

Baca: Rebiu: Mercedes-Benz A250 AMG Line sedan - berbaloi harga lebih RM 48k dari BMW 218i GC?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Mercedes-Benz A-Class A200 Progressive Line

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda