Menurut sumber yang boleh dipercayai, Perodua D55L akan ditangguhkan pelancaran sehingga bulan Mac 2021.
SUV segmen B ini (ada yang berkeras bahawa ini adalah segmen A) dikatakan bakal dilancarkan pada awal tahun hadapan, lebih tepat lagi pada bulan Januari 2021.
Pemasangan Perodua D55L di kilang Perodua, Rawang sepatutnya akan bermula pada bulan Disember 2020 tetapi rancangan tersebut ditunda akibat wabak Covid-19.
Sehingga ke hari ini, pengedar dan penjual rasmi Perodua masih belum menerima sebarang latihan jualan. Latihan ini selalunya berlangsung sebulan sebelum tarikh pelancaran.
Perodua pastinya tidak mahu menjadi penyumbang kepada angka mangsa Covid-19 yang meningkat, ditambah lagi dengan insiden Kluster Auto yang berlaku pada bulan Oktober 2020 tahun ini.
Perodua D55L sudah pun melakukan kemunculan awal di premis Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan pada bulan Oktober 2020, berkemungkinan bagi tujuan formaliti dan perundangan.
Gambar intipan tersebut merupakan satu-satunya gambar intipan yang boleh didapati. Hal ini kerana, Perodua banyak melakukan ujikaji dalam kilang pengeluaran mereka berbanding Proton yang melakukan pandu uji di atas jalan raya umum.
Kembar Perodua D55L iaitu Daihatsu Rocky dan Toyota Raize juga dalam perjalanan menuju ke Indonesia. Kedua-dua model tersebut akan dilancarkan di Indonesia tidak lama lagi.
Prestasi model asas Perodua D55L iaitu Toyota Raize di Jepun juga sangat memberansangkan. Toyota Raize kekal di tangga 4 teratas selama beberapa bulan berturut-turut. Mampukah Perodua D55L mengikuti angka jualan yang sama di Malaysia?
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X
Upgrade
Add your car