window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pelancaran Proton Saga 2022 baharu - dari RM 34k, sedan paling berbaloi kini dipertingkat!

Haris · May 12, 2022 11:00 AM

Pelancaran Proton Saga 2022 baharu - dari RM 34k, sedan paling berbaloi kini dipertingkat! 01

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) hari ini tampil dengan Proton Saga serba baharu 2022 yang terkini. Penampilan Proton Saga serba baharu 2022 kini lebih segar berbanding model lalu memberikannya penampilan yang sedikit berbeza dan membawakannya lebih dekat dengan pesaing.

Pelancaran Proton Saga 2022 baharu - dari RM 34k, sedan paling berbaloi kini dipertingkat! 02

Model Proton Saga sebelum ini hanya ditawarkan dalam varian tunggal namun kini ia tampil dengan 4 varian. Perincian harga adalah seperti berikut:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

  • Proton Saga 1.3 Standard MT - RM 34,400
  • Proton Saga 1.3 Standard AT - RM 38,300
  • Proton Saga 1.3 Premium AT - RM 41,300
  • Proton Saga 1.3 Premium S AT - RM 44,300

Pelancaran Proton Saga 2022 baharu - dari RM 34k, sedan paling berbaloi kini dipertingkat! 01

Mengekalkan tren kuasa yang sama, Proton Saga 2022 dipacu oleh enjin 4-silinder 1.3 liter NA petrol yang cukup, mampu menghamburkan sehingga 95 PS dan 120 Nm tork. Nampaknya ura-ura penggunaan enjin yang bersesaran lebih kecil - seperti yang ditawarkan pada model eksport - tidak direalisasikan.

Pelancaran Proton Saga 2022 baharu - dari RM 34k, sedan paling berbaloi kini dipertingkat! 02

Enjin ini turut dipadankan dengan transmisi automatik 4-kelajuan (4AT) yang bersumber dari Hyundai. Bagi varian manual, ia menggunakan kotak gear manual 5-kelajuan. Lebih menarik lagi, ia kini satu-satunya model Proton yang ditawarkan dalam transmisi manual. Selain itu, tiada peningkatan terhadap mana-mana aspek spesifikasi untuk penampilan baharu ini.

Pelancaran Proton Saga 2022 baharu - dari RM 34k, sedan paling berbaloi kini dipertingkat! 03

Premium S, Standard AT

Bahagian luaran Proton Saga serba baharu  2022 menampilkan rekaan serba baharu seperti fasia depan yang lebih kemas dan bersih. Ia mengenakan lampu DRL LED bagi varian Premium ke atas manakala lampu lain masih kekal dengan halogen.

Pelancaran Proton Saga 2022 baharu - dari RM 34k, sedan paling berbaloi kini dipertingkat! 04

Cara paling mudah untuk mengenali Proton Saga 2022 baharu adalah dengan logo bulat Proton, nampak lebih seragam dengan model Proton lain. Tak lupa juga, jalur merah Ethereal Bow yang dipadankan pada varian teratas (varian lain hanya disudahi dengan kemasan krom).

Pelancaran Proton Saga 2022 baharu - dari RM 34k, sedan paling berbaloi kini dipertingkat! 05

Pelancaran Proton Saga 2022 baharu - dari RM 34k, sedan paling berbaloi kini dipertingkat! 06

Penampilan menjadi sandaran Proton Saga 2022 ini dengan mengenakan perincian tambahan yang hitam kemas seperti cermin sisi digelapkan dan jalur but belakang berwarna hitam dengan ejaan Proton. Terdapat butang pelepas but baharu yang ditawarkan untuk Proton Saga baharu 2022 ini.

Pelancaran Proton Saga 2022 baharu - dari RM 34k, sedan paling berbaloi kini dipertingkat! 07

Rim model Premium

Rupa agresif ini turut disempurnakan oleh rim 14-inci (varian Standard), 15-inci (varian Premium) dan warna dua tona untuk varian teratas. Tak dilupakan juga, spoiler dan skirting hitam pada varian teratas yang sangat sporty.

Pelancaran Proton Saga 2022 baharu - dari RM 34k, sedan paling berbaloi kini dipertingkat! 08

Bergerak ke bahagian dalaman pula, ia mendapat upholsteri fabrik melainkan varian tertinggi yang ditawarkan kemasan kulit, dengan gandingan perincian warna merah kontras dalam keseluruhan kabin. Untuk pembaharuan kali ini, cermin sisi boleh lipat secara automatik apabila kenderaan dikunci.

Pelancaran Proton Saga 2022 baharu - dari RM 34k, sedan paling berbaloi kini dipertingkat! 09

Pelancaran Proton Saga 2022 baharu - dari RM 34k, sedan paling berbaloi kini dipertingkat! 10

Juga terdapat lapisan bumbung hitam untuk Proton Saga baharu 2022 ini bagi memberikan rasa premium. 

Peningkatan terbesar yang ditunggu-tunggu tentulah cermin sisi boleh lipat dan fungsi kemasukan tanpa kunci pintar di samping butang penghidup mula. Ciri ini adalah kekosongan yang besar pada Proton Saga dan kemaskini ini akan membawakan nilainya lebih berbaloi berbanding pesaing yang lain.

Pelancaran Proton Saga 2022 baharu - dari RM 34k, sedan paling berbaloi kini dipertingkat! 11

Untuk ciri-ciri keselesaan pula, terdapat gugusan instrumen digital sepenuhnya 9-inci disertakan dengan sentuhan warna merah baharu - pada perincian kecil, gugusan instrumen dan corong pendingin hawa - untuk memberikan sentuhan moden pada rekaan yang sudah dibawa sejak sekian lama.

Pelancaran Proton Saga 2022 baharu - dari RM 34k, sedan paling berbaloi kini dipertingkat! 12

Pelancaran Proton Saga 2022 baharu - dari RM 34k, sedan paling berbaloi kini dipertingkat! 13

Aspek keselamatan pula ditampung oleh ciri-ciri seperti 6 beg udara, Anti-lock brake with electronic brakeforce distribution (ABS, EBD) Brake Assist (BA) dan Electronic stability control (ESC), di mana fungsi terakhir kin standard dalam semua varian.

Di samping itu, varian Premium dan Premium S menambah sensor parkir hadapan dan kamera undur.

Pelancaran Proton Saga 2022 baharu - dari RM 34k, sedan paling berbaloi kini dipertingkat! 14

Akhir sekali, 5 pilihan warna masih dikekalkan dengan pilihan seperti berikut:

  • Ruby Red - Premium, Premium S
  • Snow White - Standard MT, Standard AT, Premium
  • Armour Silver - Semua
  • Jet Grey - Semua
  • Rosewood Maroon - Standard MT, Standard AT, Premium

Secara tuntasnya, model Premium ditawarkan dalam semua warna, model Standard ditawarkan dengan 4 warna kecuali Ruby Red manakala model teratas Premium S ditawarkan dalam 3 warna sahaja.

Pelancaran Proton Saga 2022 baharu - dari RM 34k, sedan paling berbaloi kini dipertingkat! 15

Proton Saga 1.3 Standard AT

Pelancaran Proton Saga 2022 baharu - dari RM 34k, sedan paling berbaloi kini dipertingkat! 16

Proton Saga 1.3 Premium AT

Waranti standard untuk Proton Saga 2022 baharu yang ditawarkan Proton Holdings Berhad memberi perlindungan sepanjang 5 tahun / tanpa had perbatuan. Bagi mereka yang berminat, anda boleh pergi ke bilik pameran terdekat untuk menempah kereta baharu anda.

@wapcar_zamil Saga ke Bezza? #cartok #fypmalaysia #learnontiktok #carmalaysia #belajaronline #kelastiktok #malaysia #proton #protonsaga ♬ Despair (抖音热播) - 初梦

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda