window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pelancaran sedan di Malaysia tahun 2022 – Honda Civic, Toyota Camry facelift & Proton Saga MC2

Faisal · Jan 3, 2022 04:00 PM

Pelancaran sedan di Malaysia tahun 2022 – Honda Civic, Toyota Camry facelift & Proton Saga MC2 01

Dengan meningkatnya pembeli SUV sejak beberapa tahun terakhir ini, agak melegakan juga apabila beberapa pengeluar masih meletakkan fokus pada kereta jenis sedan yang mana ia telah lama menerajui pasaran automotif.

Untuk tahun 2022, ada 4 sedan baharu yang bakal tiba ke pasaran Malaysia. Dari sedan marhaen sehinggalah ke sedan berkuasa elektrik. Nak tahu apa? Mari kita lihat sama-sama.

1. Proton Saga MC2 2022 – peningkatan terhadap formula yang sudah terbukti

Pelancaran sedan di Malaysia tahun 2022 – Honda Civic, Toyota Camry facelift & Proton Saga MC2 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dua tahun lalu sewaktu Proton mengemaskini model Saga, mereka menggantikan CVT Punch dengan transmisi automatik 4 kelajuan dari Hyundai. Selain itu, bahagian eksterior dan interior Saga juga turut diperbaharui.

Pelancaran sedan di Malaysia tahun 2022 – Honda Civic, Toyota Camry facelift & Proton Saga MC2 01

Namun pada November lepas, sebuah Proton Saga putih dengan beberapa bahagian yang ditutup telah terdedah.

Juga bacaSPYSHOT: Samaran Proton Saga misteri dengan logo baharu Proton, facelift MC2 2022 bakal tiba!

Pelancaran sedan di Malaysia tahun 2022 – Honda Civic, Toyota Camry facelift & Proton Saga MC2 02

Proton Saga model sekarang.

Sentuhan baru yang jelas kelihatan pada intipan ini dapat dilihat pada bahagian logo Proton (bulat), roda dan skirting. Malah, cermin sisinya juga tampil dengan kemasan warna hitam.

Pelancaran sedan di Malaysia tahun 2022 – Honda Civic, Toyota Camry facelift & Proton Saga MC2 03

Apapun, secara mekanikal, Proton Saga 2022 dijangka kekal dengan enjin 1.3L NA (95 PS, 120 Nm).

Juga bacaProton Saga dilancarkan di Pakistan - 4 varian, R3 dengan manual, harga bermula RM 54k!

2. Honda Civic FE 2022 – penyambung takhta segmen C terunggul

Pelancaran sedan di Malaysia tahun 2022 – Honda Civic, Toyota Camry facelift & Proton Saga MC2 04

Rasa macam baru semalam Honda Malaysia memperkenalkan Civic FC ke tanah air. Sedar tak sedar, dah 6 tahun Civic ‘ketam’ ada di pasaran kita.

Pelancaran sedan di Malaysia tahun 2022 – Honda Civic, Toyota Camry facelift & Proton Saga MC2 05

Disebabkan itu, Honda Malaysia sudah mula menguji penggantinya iaitu Civic generasi FE. Malah tempoh hari, mereka telahpun menganjurkan sesi uji pandu jentera ini di Litar Antarabangsa Sepang.

Juga bacaTempahan Honda Civic FE 2022 serba baru kini dibuka di Malaysia!

Pelancaran sedan di Malaysia tahun 2022 – Honda Civic, Toyota Camry facelift & Proton Saga MC2 06

Berdasarkan pengalaman kami tempoh hari, ia sudah setanding dengan BMW 3 Series.

Juga bacaRebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’

3. Toyota Camry facelift 2022 – enjin Dynamic Force akan tukar jiwa Camry

Pelancaran sedan di Malaysia tahun 2022 – Honda Civic, Toyota Camry facelift & Proton Saga MC2 07

Toyota Camry facelift di pasaran Australia.

Bagi anda yang belum tahu, Toyota Camry generasi XV70 memperlihatkan lonjakan yang luar biasa berbanding generasi terdahulu. Namun begitu, ia dihampakan oleh enjin 2AR-FE 2.5L NA yang sudah tua.

Pelancaran sedan di Malaysia tahun 2022 – Honda Civic, Toyota Camry facelift & Proton Saga MC2 08

Untuk model facelift nanti, ia bakal digantikan dengan enjin moden Dynamic Force. Tidak cukup dengan itu, transmisi automatik 6 kelajuan juga akan dinaik taraf ke 8 kelajuan.

Juga bacaToyota Camry facelift 2022 bakal dilancarkan ke Malaysia dengan enjin Dynamic Force?

Pelancaran sedan di Malaysia tahun 2022 – Honda Civic, Toyota Camry facelift & Proton Saga MC2 09

Camry model sebelum facelift.

Apapun, harganya tidak akan murah. Awal tahun 2021, Camry facelift yang dilancarkan ke pasaran Australia (juga menggunakan enjin sama seperti Malaysia) menyaksikan kenaikan harga sebanyak 2,000 AUD (~RM 6,249).

Pelancaran sedan di Malaysia tahun 2022 – Honda Civic, Toyota Camry facelift & Proton Saga MC2 10

Sebagai model import dari Thailand, sistem cukai di negara kita juga akan gandakan lagi kenaikan kos yang dikenakan pada Camry facelift.

4. Subaru WRX – kereta rali jalanan untuk peminat tegar

Pelancaran sedan di Malaysia tahun 2022 – Honda Civic, Toyota Camry facelift & Proton Saga MC2 11

Laku atau tidak, Subaru WRX tetap kembali dengan generasi baru. Menariknya, model seperti Mitsubishi Lancer Evolution sekalipun tidak mampu berbuat begini.

Pelancaran sedan di Malaysia tahun 2022 – Honda Civic, Toyota Camry facelift & Proton Saga MC2 12

Sewaktu perasmian Subaru XV facelift ke tanah air kita, Tan Chong Subaru sempat mengesahkan bahawa pada tahun 2022, Subaru WRX serba baharu akan dilancarkan ke Malaysia. Tidak cukup dengan itu, Subaru BRZ serba baru, Subaru Outback dan Subaru WRX Wagon (Levorg generasi kedua) juga akan tiba.

Pelancaran sedan di Malaysia tahun 2022 – Honda Civic, Toyota Camry facelift & Proton Saga MC2 13

Dari segi teknikal, Subaru WRX dikuasakan oleh enjin FA24 2.4L turbo flat yang mengembuskan 275 PS dan 375 Nm tork. Kuasa dihantar ke semua roda melalui sistem Subaru’s Symmetrical AWD. Pilihan transmisi yang ada termasuklah CVT dan manual 6 kelajuan.

5. BMW i4 – pemgembangan barisan model EV BMW Malaysia

Pelancaran sedan di Malaysia tahun 2022 – Honda Civic, Toyota Camry facelift & Proton Saga MC2 14

Dengan debut BMW iX di Malaysia tempoh hari, BMW Malaysia akan melancarkan beberapa lagi model EV untuk menawan pasaran kita. Antaranya ialah BMW i4.

Pelancaran sedan di Malaysia tahun 2022 – Honda Civic, Toyota Camry facelift & Proton Saga MC2 15

Menurut BMW, kapasiti bateri 84 kWj yang ada pada i4 mampu memberi jarak pandu sehingga 590 km (kitaran WLTP). Kiranya, satu cas yang penuh cukup untuk ke Johor dari Ipoh.

Pelancaran sedan di Malaysia tahun 2022 – Honda Civic, Toyota Camry facelift & Proton Saga MC2 16

Dari segi prestasi, BMW i4 mempunyai 340 PS dan 430 Nm tork. Pecutan 0-100 km/j pula hanya mengambil masa selama 5.7 saat.

Pelancaran sedan di Malaysia tahun 2022 – Honda Civic, Toyota Camry facelift & Proton Saga MC2 17

Untuk pengetahuan anda, pendaftaran minat untuk BMW i4 telah dibuka beberapa bulan yang lalu. Pelancarannya pula akan berlangsung dalam tahun 2022.

6. Mercedes-Benz C-Class W206 – patutkah 3 Series bimbang?

Pelancaran sedan di Malaysia tahun 2022 – Honda Civic, Toyota Camry facelift & Proton Saga MC2 18

Februari yang lalu, Mercedes-Benz C-Class generasi W206 telah membuat debut global. Jualan di Eropah pula bermula sebulan selepas itu.

Pelancaran sedan di Malaysia tahun 2022 – Honda Civic, Toyota Camry facelift & Proton Saga MC2 19

Kalau anda perasan, sedan eksekutif kompak ini mengambil banyak inspirasi daripada abang sulungnya, S-Class W223. Malah, infotainment menegak 11.9 inci juga diinspirasikan terus oleh limosin itu (S-Class menggunakan saiz 12.8 inci).

Juga bacaMercedes-Benz C-Class (W206) 2021 dirasmikan – tiada lagi 'hood ornament', enjin 4 silinder sahaja!

Pelancaran sedan di Malaysia tahun 2022 – Honda Civic, Toyota Camry facelift & Proton Saga MC2 20

C-Class W206 juga boleh dilengkapkan dengan stereng roda belakang. Malangnya, ia mungkin tiada untuk pasaran Malaysia kerana S-Class sekalipun tidak ditawarkan dengan ciri ini.

Pelancaran sedan di Malaysia tahun 2022 – Honda Civic, Toyota Camry facelift & Proton Saga MC2 21

Bagaimanapun, harga C-Class generasi baharu tidak akan murah. Sebagai rujukan, debut lokal buat generasi terdahulu sekitar tahun 2014 berharga hampir RM 300k.

Juga bacaMercedes-Benz C200 generasi baru (W206) bakal cecah harga RM 300k selepas ini?

Komen WapCar:

Pelancaran sedan di Malaysia tahun 2022 – Honda Civic, Toyota Camry facelift & Proton Saga MC2 22

Hidup Subaru WRX!

Walaupun pelancaran sedan untuk tahun 2022 di Malaysia agak sedikit berbanding SUV, ia tetap menarik. Civic FE akan jadi fenomena manakala Camry facelift akan kembali sebagai jentera yang serba padu.

Pelancaran sedan di Malaysia tahun 2022 – Honda Civic, Toyota Camry facelift & Proton Saga MC2 23

Perodua Bezza lagi jimat minyak tetapi Proton Saga lagi selesa.

Proton Saga yang bakal menjadi lebih bagus pula akan kekal di hati rakyat dan para media.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 BMW i4 eDrive 35

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda