window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pelancaran tak lama lagi, Honda HR-V 2022 serba baru dikesan lagi di Malaysia!

Mersita · Apr 25, 2022 05:22 PM

Pelancaran tak lama lagi, Honda HR-V 2022 serba baru dikesan lagi di Malaysia! 01

  • Honda HR-V serba baru dikesan lagi di Malaysia
  • Unit ini tampak seperti mengenakan rim krom gelap 18 inci, sama seperti di Thailand
  • Patutkah Corolla Cross ‘gerun’?

Susulan debutnya di Thailand, Indonesia, dan Filipina, Honda HR-V 2022 serba baru akan didebut di Malaysia pula tidak lama lagi memandangkan gambar intipan baru bagi SUV segmen B ini mula tular di media sosial.

Pelancaran tak lama lagi, Honda HR-V 2022 serba baru dikesan lagi di Malaysia! 02

Merujuk kepada perkongsian rakan kami di Careta, seorang pembaca menghantar beberapa gambar menunjukkan sebuah kenderaan berpelitup di atas sebuah trak ‘flat-bed’. Jika diperhatikan rim kereta ini, ia tampak serupa dengan rim krom gelap 18 inci seperti yang boleh dilihat pada HR-V spesifikasi Thai.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pelancaran tak lama lagi, Honda HR-V 2022 serba baru dikesan lagi di Malaysia! 01

HR-V spec Thai ditunjukkan, lihat persamaan pada rekaan rimnya

Menurut sumber rapat dengan hal ini, Honda Malaysia sedang bersiap-siap untuk melancarkan Honda HR-V generasi RV serba baru ini pada bulan Julai, berserta tiga pilihan enjin.

Juga baca: Honda HR-V generasi baharu bakal tiba di Malaysia bulan Julai 2022 ini, saing harga Corolla Cross?

Pelancaran tak lama lagi, Honda HR-V 2022 serba baru dikesan lagi di Malaysia! 02

Sama seperti Corolla Cross Hybrid, HR-V spesifikasi Malaysia ini besar kemungkinannya juga akan menawarkan versi hybrid

Pilihan pertama ialah enjin i-VTEC ‘naturally-aspirated’, diikuti dengan enjin VTEC Turbo, dan juga sistem hybrid i-MMD elektrik. Ketiga-tiga enjin ini mempunyai kapasiti 1.5 liter.

Juga baca: Honda HR-V 2022 mempunyai 3 pilihan enjin: e:HEV, i-VTEC, VTEC Turbo, yang mana terbaik untuk Malaysia?

Apakah harga Honda HR-V serba baru di Malaysia?

Pelancaran tak lama lagi, Honda HR-V 2022 serba baru dikesan lagi di Malaysia! 03

HR-V e:HEV spesifikasi Thai ditunjukkan

Honda HR-V terkini dikuasakan oleh enjin 1.8 liter. Di Malaysia, enjin ini meletakkan HR-V generasi RU dalam braket cukai eksais yang lebih tinggi. Secara teori, harga bagi HR-V serba baru yang mempunyai enjin berkapasiti 1.5 liter sepatutnya lebih murah.

Namun, perkara ini mungkin tidak terjadi jika ia dipadankan dengan sistem hybrid canggih atau turbo – seperti yang akan diperolehi HR-V baru ini.

Pelancaran tak lama lagi, Honda HR-V 2022 serba baru dikesan lagi di Malaysia! 04

Varian RS digambarkan

Tambahan pula, HR-V serba baru lebih mewah berbanding model yang digantikannya – material kabin terasa lebih premium, lengkap dengan salur penghawa dingin sisi yang membolehkan udara sejuk bergerak di bahagian tingkap depan untuk lebih keselesaan.

 

Pelancaran tak lama lagi, Honda HR-V 2022 serba baru dikesan lagi di Malaysia! 05

Thailand hanya menjual HR-V versi hybrid

Terdahulu, sumber kami mengatakan yang senarai harga Honda HR-V 2022 serba baru akan cukup kompetitif berbanding Toyota Corolla Cross Hybrid yang berharga antara RM 123,000 hingga RM 136,500, tanpa SST.

Pelancaran tak lama lagi, Honda HR-V 2022 serba baru dikesan lagi di Malaysia! 06

Honda HR-V generasi RU terkini yang dijual pada harga antara RM 104k hingga RM 118k.

Juga baca: VTEC, apa tu? Honda HR-V 2022 khusus e:HEV berjaya kumpul 6,500 pembeli Thai dalam masa 1 bulan

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda