window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pelanggan beratur, kenapa Toyota Corolla Cross sepatutnya dilancarkan dari dulu lagi di Malaysia?

Mersita · Apr 7, 2021 08:00 PM

Pelanggan beratur, kenapa Toyota Corolla Cross sepatutnya dilancarkan dari dulu lagi di Malaysia? 01

Tahukah anda 750 unit awalan Toyota Corolla Cross 1.8G 2021 impot (CBU, Thailand) terbaru yang ditetapkan untuk Malaysia sudah habis dijual dalam masa kurang daripada seminggu? Penghantarannya pula akan berlangsung serta-merta.

Para penjual/'dealer' model ini masih lagi menerima tempahan bagi varian 1.8V yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, penghantaran bagi 1.8V hanya akan dijalankan pada Julai ini (oleh itu, terlepas pengecualian cukai jualan Penjana).

Pelanggan beratur, kenapa Toyota Corolla Cross sepatutnya dilancarkan dari dulu lagi di Malaysia? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Para pelanggan masih boleh menempah varian asas 1.8G. Namun, pihak penjual harus menjelaskan kepada pelanggan yang kumpulan stok seterusnya bagi varian ini akan dipasang secara tempatan (CKD) yang akan dikeluarkan pada penghujung tahun ini.

Baca juga: Toyota Corolla Cross 1.8G (CBU) 2021 laku keras dalam masa 6 hari, tempahan melebihi sasaran!

Pelanggan beratur, kenapa Toyota Corolla Cross sepatutnya dilancarkan dari dulu lagi di Malaysia? 01

Serupa dengan jualan Toyota GR Yaris – dimana 127 unit ditetapkan untuk Malaysia (jumlah unit paling banyak antara negara rantau ASEAN) berjaya ‘disapu’ pembeli dalam masa hanya sebulan – Toyota Corolla Cross tidak mengendahkan sebarang komen-komen negatif yang dilemparkan ke arahnya kerana tempahan masuk dengan terlalu banyak sehinggakan penasihat jualan Toyota tak menang tangan.

Baca juga: UMWT: Toyota GR Yaris tinggal beberapa unit saja, cepat sebelum terlambat!

Pelanggan beratur, kenapa Toyota Corolla Cross sepatutnya dilancarkan dari dulu lagi di Malaysia? 02

Sekali lagi, ini membuktikan yang sentimen anda baca di media sosial bukanlah gambaran realiti di dalam dunia sebenar. Ini jugalah sebabnya mengapa falsafah pengurusan Toyota amat menitikberatkan gemba (mengalami sendiri sesuatu perkara di lokasi sebenarnya – contoh ruang kerja di kilang atau bilik-bilik pameran) serta genchi genbutsu (pergi lihat dengan mata sendiri dan bukannya bergantung kepada laporan disediakan staf bawahan).

Pelanggan beratur, kenapa Toyota Corolla Cross sepatutnya dilancarkan dari dulu lagi di Malaysia? 03

Memandangkan media sosial terbukti bukannya sumber yang bagus untuk meneka tahap sentimen pembeli, kami jalankan gemba kami sendiri.

Kami berhubung dengan penjual rasmi kenderaan Toyota, Dato' Haji Abdul Rahman bin Maulud dari Crestmax Auto Sdn. Bhd. untuk memahami dengan lebih mendalam pendapat sebenar pembeli tentang Toyota Corolla Cross yang baru saja dilancarkan di Malaysia.

Dato' Haji Abdul Rahman, pemilik Crestmax Auto yang mempunyai bilik pameran di Tmn. Tun Dr. Ismail (TTDI) KL, Kota Bharu dan juga Kuala Terengganu, memberitahu yang pelanggan sememangnya sudah lama menunggu kehadiran model ini di pasaran Malaysia.

“Corolla Cross sememangnya sudah lama ditunggu-tunggu pelanggan di sini. Walau sebelum pelancarannya, ada pelanggan yang bertanyakan model ini. Memandangkan unit yang ditetapkan untuk Malaysia tidak begitu banyak, ramai pelanggan yang kesal kerana mereka tidak sempat membelinya sebelum ia habis terjual” ujar beliau.

Pelanggan beratur, kenapa Toyota Corolla Cross sepatutnya dilancarkan dari dulu lagi di Malaysia? 04

Pelanggan beratur, kenapa Toyota Corolla Cross sepatutnya dilancarkan dari dulu lagi di Malaysia? 05

Pelanggan beratur, kenapa Toyota Corolla Cross sepatutnya dilancarkan dari dulu lagi di Malaysia? 06

Disamping itu, beliau juga berkata yang stok unit seterusnya iaitu Corolla Cross CKD besar kemungkinan akan mengambil masa lebih lama untuk tiba dan sedia dijual di pasaran.

"Ketiga-tiga bilik pameran Crestmax Auto di TTDI, Kota Bharu, dan Kuala Terengganu berjaya menjual habis unit Toyota Corolla Cross yang diagihkan ke tiga-tiga lokasi hanya dalam masa 3 ke 4 hari. Sambutan pelanggan amat menggalakkan dan ramai yang menunggu saat ini."

Pelanggan beratur, kenapa Toyota Corolla Cross sepatutnya dilancarkan dari dulu lagi di Malaysia? 07

"Rekaan Corolla Cross juga amat disambut baik oleh pelanggan. Ia menonjolkan rekaan yang lebih ringkas dan mesra keluarga. Toyota C-HR tidak begitu digemari keluarga kerana rekaannya yang agak 'funky', dan orang yang berbadan tinggi selalu sangkut apabila masuk di tempat duduk belakang. Corolla Cross lebih boleh diterima sebagai kereta keluarga," kata beliau.

Pelanggan beratur, kenapa Toyota Corolla Cross sepatutnya dilancarkan dari dulu lagi di Malaysia? 08

Toyota Corolla Cross (kiri) dan Toyota C-HR (kanan)

Senada dengan pendapat yang pernah WapCar.my kongsikan sebelum ini, Dato' Haji Abdul Rahman juga berkata yang model Corolla Cross boleh menaikkan semula nama Toyota sebagai jenama kereta bukan nasional No. 1 di Malaysia.

"Jika model ini dilancarkan di Malaysia 6 atau 7 tahun lalu, Toyota akan kekal sebagai jenama bukan nasional No. 1 di negara ini dan boleh menyaingi pesaingnya dalam segmen sama," kata beliau.

Baca juga: Honda Malaysia masih No.1? 2021 tahun Toyota untuk rampas takhta

Pelanggan beratur, kenapa Toyota Corolla Cross sepatutnya dilancarkan dari dulu lagi di Malaysia? 09

Tempahan bagi 1.8G masih dibuka. Tetapi, seperti yang dimaklumkan tadi, unit-unit ini adalah varian dipasang tempatan (CKD) yang dijangka akan diperkenalkan pada penghujung tahun ini.

Buat masa ini, WapCar.my maklum yang UMW Toyota Motor (UMWT) sedang berusaha keras untuk mempercepatkan pemasangan tempatan Corolla Cross di kilang Bukit Raja, Shah Alam.

Baca juga: Nak beli Toyota Corolla Cross, tapi berapa jumlah gaji diperlukan nak bayar bulan-bulan?

Pelanggan beratur, kenapa Toyota Corolla Cross sepatutnya dilancarkan dari dulu lagi di Malaysia? 10

Corolla Cross sudahpun mula dijual di Thailand pada Julai 2020 dan secara tipikalnya, projek pemasangan tempatan akan mengambil masa antara 9 – 12 bulan untuk ditubuhkan setelah kerja-kerja bermula di kilang induk (dalam kes ini, kilang Thailand). Sekatan kerja disebabkan PKP juga merumitkan lagi keadaan.

Pelanggan beratur, kenapa Toyota Corolla Cross sepatutnya dilancarkan dari dulu lagi di Malaysia? 11

Kumpulan pertama Toyota Corolla Cross CBU ialah langkah penutupan jurang namun berbeza dengan kumpulan terawal bagi Proton X70 buatan China, UMW Toyota tidak dapat menikmati kelebihan istimewa sama yang membolehkan mereka untuk mengimpot ribuan kereta dan dijual pada harga CKD dengan potongan duti eksais.

Kerajaan hanya membenarkan UMWT untuk mengimpot 750 unit dan itu sahaja stok yang boleh mereka pasarkan.

Baca juga: RM 124k untuk Toyota Corolla Cross – berbaloi ke? Subaru XV & Proton X70 pun lebih murah

Pelanggan beratur, kenapa Toyota Corolla Cross sepatutnya dilancarkan dari dulu lagi di Malaysia? 12

Pendapat WapCar.my:

Kami mengaku yang pada mulanya, kami tidak begitu gemarkan Corolla Cross. Pandangan pertama kami setelah melihat gambar-gambarnya tidak begitu memberangsangkan. Namun, setelah melihat kereta ini di depan mata, kami akui yang ia nampak lebih cantik dan menarik berbanding gambarnya. Kami juga tiada masalah dengan rekaan jejaringnya. Apa yang kami boleh katakan, ia nampak lebih cantik dan sesuai berbanding ‘lubang hidung’ BMW.

Apa-apa pun, kami rasakan yang ruang kabin Corolla Cross masih ada ruang untuk peningkatan – terutama sekali apabila kita ambil kira Honda HR-V yang menonjolkan ruang kabin lebih bagus. Corolla Cross tidak begitu menarik jika dibandingkan dengan perasaan yang anda dapat apabila melangkah masuk ke dalam kabin HR-V.

Pelanggan beratur, kenapa Toyota Corolla Cross sepatutnya dilancarkan dari dulu lagi di Malaysia? 13

Secara keseluruhannya, amat jelas yang Corolla Cross menepati keperluan dan ekspektasi di kalangan pembeli sasarannya. Mereka barangkali tidak semestinya mahukan kereta yang paling menonjol, sebaliknya mengutamakan kepercayaan berbanding aspek lain.

Kami sudahpun memandu uji varian 1.8G. Walaupun ruang kabinnya tidak sesenyap varian 1.8V, ia masih lagi cukup bagus.

Pelanggan beratur, kenapa Toyota Corolla Cross sepatutnya dilancarkan dari dulu lagi di Malaysia? 14

Gerbang roda memakan terlalu banyak ruang di ruang kargo, Honda HR-V lebih praktikal dalam aspek ini

Pemanduannya pula hebat! Pemanduannya selesa dan pengendaliannya cukup baik. Corolla Cross lebih kurang sama seperti Subaru XV, namun ruang but XV lebih kecil dan kos selenggaranya juga lebih tinggi / kecekapan minyak lebih rendah (disebabkan oleh beratnya dan sistem AWD yang lebih rumit).

Pelanggan beratur, kenapa Toyota Corolla Cross sepatutnya dilancarkan dari dulu lagi di Malaysia? 15

Tetapi, ia didatangkan dengan pintu but berkuasa dengan penderia kaki yang tiada pada HR-V dan XV

Sebagai bonus, varian 1.8V ditambah dengan ADAS Toyota Safety Sense yang lengkap. Ia lebih selesa dan bagus daripada Mazda CX-30 yang keras, dan juga pengendaliannya cukup hebat.

Pelanggan beratur, kenapa Toyota Corolla Cross sepatutnya dilancarkan dari dulu lagi di Malaysia? 16

Selalunya, kami akan katakan yang Toyota mungkin bukan produk terbaik yang ada di pasaran, namun ia pilihan yang lebih selamat. Tetapi, bukan untuk model ini.

Pelanggan beratur, kenapa Toyota Corolla Cross sepatutnya dilancarkan dari dulu lagi di Malaysia? 17

Secara keseluruhannya, pakej yang ditawarkan dengan Corolla Cross cukup menarik.

Baca juga: Rebiu ringkas: Toyota Corolla Cross 2021, jaga-jaga Honda HR-V dan Subaru XV!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda