window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pelanggan di Thailand sanggup beratur malam-malam buta untuk BYD Atto 3, serupa geng iPhone?

Faisal ยท Nov 4, 2022 03:00 PM

Pelanggan di Thailand sanggup beratur malam-malam buta untuk BYD Atto 3, serupa geng iPhone? 01

Pada 1 November yang lalu, jualan BYD Atto 3 telah beransur di Thailand. Malam sebelum itu pula, orang ramai sudah beratur panjang di luar bilik pameran BYD. Bunyi dah macam geng-geng iPhone pula kan?

Juga bacaBYD Atto 3 dilancarkan di Thailand - dari RM 146k, jarak gerak 420km, ke Malaysia tahun depan?

Pelanggan di Thailand sanggup beratur malam-malam buta untuk BYD Atto 3, serupa geng iPhone? 02

Imej.

Menurut lamporan Blink Drive, seorang pembeli iaitu Encik Panithan sanggup mengambil penerbangan dari Chiang Rai untuk ke Bangkok semata-mata untuk menempah Atto 3. Untuk makluman anda, pengedar BYD di Chiang Rai hanya menerima bayaran tunai penuh kerana model ini terhad kepada 500 unit sahaja di seluruh negara. Jadi, untuk membeli Atto 3, beliau terpaksa pergi sampai Bangkok.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kata Panithan, orang pertama yang beratuh di bilik pameran itu tiba seawal jam 8 malam. Selepas jam 1 pagi, orang sudah mula ramai. Pada jam 4 pagi pula, seramai 30 pelanggan sudah beratur.

Pelanggan di Thailand sanggup beratur malam-malam buta untuk BYD Atto 3, serupa geng iPhone? 01

Imej.

Kalau anda nak tahu, di Thailand, ini adalah kali pertama orang beratur untuk kereta.

Pelanggan di Thailand sanggup beratur malam-malam buta untuk BYD Atto 3, serupa geng iPhone? 02

Secara teknikal, BYD Atto 3 di sana berharga 1,199,900 THB (~RM 146k). Kapasiti baterinya adalah 60.48 kWj dengan jarak pandu sejauh 420 km (kitaran WLTP). Sumber kuasanya datang dari motor elektrik depan yang menghasilkan 204 PS dan 310 Nm tork.

Pelanggan di Thailand sanggup beratur malam-malam buta untuk BYD Atto 3, serupa geng iPhone? 03

Untuk pengecasan pula, BYD Atto 3 menggunakan penyambung Type 2 untuk AC (sehingga 6.6 kW) dan penyambung CCS 2 untuk DC (80 kW). Fungsi sokongan bekalan kuasa V2L juga ada yang mana ia boleh tampung sehingga 2.2 kW.

Pelanggan di Thailand sanggup beratur malam-malam buta untuk BYD Atto 3, serupa geng iPhone? 04

Di Malaysia, BYD Atto 3 dan e6 dijangka tiba seawal Disember 2022.

Juga bacaBYD Atto 3 sah ke Malaysia - pesaing Smart #1, ini spesifikasi yang mungkin ditawarkan?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 BYD ATTO 3 Standard Range

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia