window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pelik bin Ajaib, Najib Razak katanya kontak rapat Covid-19 tapi kereta berderet depan rumah

Faisal ยท Dec 8, 2021 12:00 PM

Pelik bin Ajaib, Najib Razak katanya kontak rapat Covid-19 tapi kereta berderet depan rumah 01

Seperti yang anda tahu, Datuk Seri Najib Razak semalam gagal hadir ke Mahkamah Rayuan bagi mendengar prosiding permohonan mengenai kes rasuah SRC International Sdn Bhd (SRC). Alasan yang diberinya adalah menjadi kontak kasual pesakit Covid-19.

Bagia anda yang belum tahu, prosiding itu adalah berkenaan permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baru yang boleh menguatkan rayuannya terhadap sabitan dan hukuman mengenai kes penyelewengan dana SRC. Apapun, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib kerana tiada keadaan istimewa yang membolehkan ia diterima oleh mahkamah.

Pelik bin Ajaib, Najib Razak katanya kontak rapat Covid-19 tapi kereta berderet depan rumah 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Namun, tertimbul pula persoalan dalam kalangan warganet sama ada beliau betul-betul sedang menjalani kuarantin kendiri atau sekadar alasan mengelak daripada menghadiri hari penentu tersebut.

Kalau anda nak tahu, dua Hakim telah memberikan Najib pilihan sama ada menghadiri prosiding secara dalam talian atau waran tangkap akan dikeluarkan terhadapnya.

Pelik bin Ajaib, Najib Razak katanya kontak rapat Covid-19 tapi kereta berderet depan rumah 01

Untuk makluman anda, Najib sememangnya hadir sesi prosiding yang bersambung pada 12.30 tengahari tetapi secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom dan ia disiarkan secara langsung kepada media di Istana Kehakiman.

Menariknya semalam, Najib telah memuat naik satu hantaran mengenai majlis bacaan Yasin di kediamannya di Langgak Duta.

Pelik bin Ajaib, Najib Razak katanya kontak rapat Covid-19 tapi kereta berderet depan rumah 02

Foto yang dimuat naik oleh Najib Razak sendiri.

Menurut Najib, majlis itu terpaksa diadakan secara maya kerana sedang menjalani kuarantin dan tidak dapat bersama tetamu yang lain.

Walau bagaimanapun, beberapa gambar beserta video yang memperlihatkan sekitar 20 kereta di depan kediamannya sehingga ke bahu jalan telah tertular. Malah dalam video itu, beberapa orang dilihat memasuki kediamannya.

Sekiranya Najib sedang menjalani kuarantin kendiri, bagaimana pula orang ramai boleh berkumpul di kediamannya? Ada udang di di sebalik batu kan?

Apapun, Mahkamah Rayuan kekal dengan pertimbangan mengenai sabitan kesalahan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM 210 juta di atas tujuh penyelewengan dana bernilai RM 42 juta milik SRC yang mana ia keputusan akan dibuat bermula jam 9 pagi hari ini.

Sumber: Agenda Daily

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda