window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Peluang pelumba Malaysia sarung sut Petronas SRT musim 2022 tetap ada - Razlan

Khairil ยท Mar 3, 2021 03:00 PM

Peluang pelumba Malaysia sarung sut Petronas SRT musim 2022 tetap ada -  Razlan 01

Penantian untuk melihat sut lumba pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT) kembali disarung penunggang Malaysia di pentas Kejuaraan Motosikal Dunia mungkin tidak lama malah paling awal, musim depan.

Perkembangan positif itu disuarakan sendiri Prinsipal Petronas Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali, baru-baru ini.

Peluang pelumba Malaysia sarung sut Petronas SRT musim 2022 tetap ada -  Razlan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai info, pasukan Malaysia yang bersaing dalam ketiga-tiga kategori perlumbaan di Kejuaraan Motosikal Dunia itu, MotoGP, Moto2 dan Moto3 tidak menyenaraikan seorang pun pelumba negara pada musim ini.

Dalam saingan MotoGP, pasukan berkenaan diwakili oleh naib juara dunia musim lalu, Franco Morbidelli dan legenda Itali, Valentino Rossi. Dalam kelas Moto2, ia diwakili Xavi Vierge dan Jake Dixon manakala Moto3 oleh John McPhee serta Darryn Binder.

Peluang pelumba Malaysia sarung sut Petronas SRT musim 2022 tetap ada -  Razlan 01

Situasi itu dilihat mengecewakan segelintir pihak namun bagi Razlan, tiada guna untuk menyenaraikan pelumba tempatan dalam pasukan berkenaan jika ia sekadar 'tangkap muat'.

"Kami sentiasa membangunkan pelumba muda Malaysia, tetapi ia memerlukan masa dan kesabaran. Kami tidak mahu meletakkan pelumba di kejuaraan dunia untuk sekadar ada wakil di sana, disebabkan oleh tekanan peminat atau sebagainya," katanya.

Peluang pelumba Malaysia sarung sut Petronas SRT musim 2022 tetap ada -  Razlan 02

"Saya tahu ada peminat tidak kisah mengenai perkara ini, malam ada sesetengah komen kata duduk belakang pun tidak apa. Tetapi kami tidak mahu perkara berkenaan. Kami mahu memastikan yang pelumba Malaysia itu bersedia, kompetitif, mereka juga perlu mencapai sesuatu sasaran yang ditetapkan.

"Jika kita letakkan pelumba negara hanya untuk ada pelumba negara beraksi di kejuaraan dunia, hanya disebabkan tekanan dan sebagainya, ia hanya merosakkan karier (pelumba itu), menambah unsur negatif kepada segala-galanya, pembangunan dan sebagainya.

Peluang pelumba Malaysia sarung sut Petronas SRT musim 2022 tetap ada -  Razlan 03

"Kami mahukan pelumba Malaysia yang kompetitif dan ia memerlukan masa dan kesabaran. Tetapi InsyaAllah bergantung kepada bagaimana prestasi Adam Norrodin dan Syarifuddin Azman beraksi baik di CEV pada tahun ini, ada ruang untuk mereka beraksi di Moto2 dan Moto3 pada tahun depan."

Pasukan Petronas SRT dikritik teruk pada musim ini apabila tidak meletakkan seorang pun pelumba Malaysia selepas melepaskan Khairul Idham Pawi pada penghujung musim lalu dengan alasan faktor prestasi.

Peluang pelumba Malaysia sarung sut Petronas SRT musim 2022 tetap ada -  Razlan 04

Selain berlumba di Kejuaraan Motosikal Dunia, SIC turut mempunyai program pembangunan tersendiri dengan Adam beraksi di Moto2 CEV Eropah dan Syarifuddin di Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia.

Peluang pelumba Malaysia sarung sut Petronas SRT musim 2022 tetap ada -  Razlan 05

Tahun lalu, Adam yang pernah beraksi di Kejuaraan Motosikal Dunia dalam kelas Moto3 menamatkan saingan di kedudukan di tempat ketujuh keseluruhan di CEV Eropah manakala Syarifuddin di tangga ke-19.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda