window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pelukis kartun gambar Nabi terbunuh dalam kemalangan ngeri bertembung trak

Haris · Oct 4, 2021 10:00 AM

Pelukis kartun gambar Nabi terbunuh dalam kemalangan ngeri bertembung trak 01

Artis Sweden, Lars Vilks yang hidup di bawah perlindungan polis sejak melukis gambar Nabi Muhammad pada tahun 2007 telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada hari Ahad.

Kemalangan yang dilaporkan oleh akhbar Sweden itu melibatkan sebuah lori yang bertembung dengan sebuah kenderaan peronda polis yang sedang dalam perjalanan, di mana Lars Vilks di bawa ke mana-mana sahaja dengan perlindungan polis.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kedua-dua kenderaan itu terbakar dan pemandu trak berusia 45 tahun dikejarkan ke hospital selepas mengalami cedera parah.

Dua anggota polis yang ditugaskan mengawal Vilks di dalam kereta polis itu turut terkorban, menurut laporan Expressen.

Kejadian berlaku pada pukul 3 petang semalam (waktu tempatan) di Markaryd, wilayah Kronoberg.

Punca kemalangan kini sedang disiasat.

Pelukis kartun gambar Nabi terbunuh dalam kemalangan ngeri bertembung trak 01

Agensi berita AP mengatakan bahawa pihak polis telah mengesahkan bahawa Vilks, 75, dalam perjalanan dengan kereta dengan dua pegawai polis, manakala akhbar Dagens Nyheter mengatakan bahawa rakan kepada artis itu turut mengesahkan kematiannya.

Vilks adalah individu yang bertanggungjawab untuk sebuah lukisan yang menggambarkan Nabi Muhammad dan mencetuskan kemarahan komuniti Islam sedunia.

Semenjak itu, dia telah menerima pelbagai ancaman bunuh serta mempunyai ganjaran pembunuhannya oleh Al Qaeda. Selepas beberapa percubaan bunuh yang gagal, Vilks ditempatkan di bawah penjagaan pihak polis 24 jam.

Baca juga: Ngeri, warga emas maut digilis lori, mangsa disyaki langgar lampu merah!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda