window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemandu BMW 5 Series yang hentam 4 kenderaan di Sungai Besi telah ditahan, sah sakit mental

Faisal · Feb 16, 2022 11:00 AM

Pemandu BMW 5 Series yang hentam 4 kenderaan di Sungai Besi telah ditahan, sah sakit mental 01

Pemandu BMW 5 Series F10 bernombor VES 1172 yang tular di media sosial pada hari minggu lalu gara-gara merempuh 4 kenderaan di dua lokasi berbeza di sekitar Sungai Besi telah berjaya ditahan oleh polis.

Pemandu BMW 5 Series yang hentam 4 kenderaan di Sungai Besi telah ditahan, sah sakit mental 02

Kredit foto: Media sosial.

Bagi anda yang belum tahu, suspek yang pada mulanya bergerak dari arah Kuchai Lama menghala ke Taman Sungai Besi telah merempuh bahagian belakang Perodua Bezza yang sedang berhenti di lampu isyarat The Mines.

Suspek kemudian terus melarikan diri ke Lebuhraya BESRAYA dan merempuh pula bahagian belakang motosikal Kawasaki Vulcan di lorong paling kanan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tidak lama selepas itu, suspek melanggar satu lagi motosikal Honda RS150R yang berada di lorong tengah.

Tidak cukup dengan itu, suspek melanggar satu lagi motosikal penghantar makanan Grab di lorong kanan.

Akibat rempuhan itu, ketiga-tiga penunggang motosikal terjatuh tetapi hanya mengalami kecederaan ringan.

Pemandu BMW 5 Series yang hentam 4 kenderaan di Sungai Besi telah ditahan, sah sakit mental 01

Foto: Zukhairul Indra.

Walau bagaimanapun, suspek yang berumur 37 tahun itu telah tertumpas di tangan polis dan dibawa ke Balai Salak Selatan untuk tindakan lanjut.

Siasaan kini mendapati bahawa suspek adalah seorang pesakit mental dan disebabkan itu, dia dibawa ke Wad Psikiatri di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Pemandu BMW 5 Series yang hentam 4 kenderaan di Sungai Besi telah ditahan, sah sakit mental 02

Foto: Zukhairul Indra.

Kes malang yang tidak berbau ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Kosmo

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 BMW 5 Series 530e M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda