window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemandu e-hailing ditekan kadar upah rendah - kesan desakan pengguna mahu tambang murah?

Mersita · Jan 19, 2023 06:00 PM

Pemandu e-hailing ditekan kadar upah rendah - kesan desakan pengguna mahu tambang murah? 01

Kredit foto

Kumpulan pemandu e-hailing menggesa pihak atasan untuk mengkaji semula kadar tambang dan upah yang diterima mereka supaya kebajikan mereka juga terjaga.

Rata-rata pemandu e-hailing yang hadir di sidang akhbar Hak dan Kepentingan Pemandu e-hailing Malaysia oleh Kumpulan Pemandu e-hailing Johor Bahru pada Rabu meluahkan kegusaran mereka tentang kadar tambang rendah yang semakin menekan kewangan mereka.

Salah seorang pemandu e-hailing sepenuh masa, Siti Aida, memberitahu Sinar Harian bahawa kadar tambang yang telah diturunkan baru-baru ini menimbulkan masalah kepada pemandu terutamanya dalam penyenggaraan kenderaan. Katanya, dia berharap kadar tambang dinaikkan dan bukannya diturunkan kerana mereka perlu menanggung kos servis kereta.

Pemandu e-hailing ditekan kadar upah rendah - kesan desakan pengguna mahu tambang murah? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seorang lagi pemandu, Ruban Raja Puspanathan, memberitahu akhbar itu yang kadar tambang sekarang tidak relevan dan menyukarkan mereka apabila kos minyak dan tol diambil kira.

Katanya, memandangkan kini sempadan sudah dibuka selepas pandemik Covid-19, kesesakan lalu lintas semakin teruk. Maka, mereka perlu sedikit masa untuk mendapatkan pelanggan dan ini memerlukan sekurang-kurangnya RM 0.30 seminit di luar waktu puncak dan RM 0.45 dalam waktu puncak, katanya lagi kepada Sinar Harian.

Difahamkan, struktur tambang bagi platform e-hailing disertai mereka telah dirombak. Kadar tambang per minit telah dinaikkan ke RM 0.37 sen (sebelumnya RM 0.15), namun kadar tambang per kilometer pula turun mendadak ke RM 0.25 (sebelumnya RM 0.70). Tambang asas pula dinaikkan ke RM 1.50 (sebelumnya RM 1) sementara tambang minimum kekal RM 5.

Pemandu e-hailing ditekan kadar upah rendah - kesan desakan pengguna mahu tambang murah? 01

Menurut tinjauan kami, kumpulan pemandu e-hailing Grab di Pulau Pinang turut tidak berpuas hati dengan kadar 'fare' atau tambang yang dikatakan semakin rendah. Salah seorang pemandu berkongsi tangkap layar perbualannya bersama pusat bantuan Grab pada Selasa dan jawapan yang diperolehnya dari perkhidmatan pelanggan syarikat berkenaan ialah "harga lebih rendah untuk beberapa tempoh tertentu adalah disebabkan oleh deflasi harga."

Menurut maklumbalas itu, kadar ini diperbaharui untuk "menampung penurunan permintaan" dan "menggalakkan lebih ramai penumpang menempah apabila terdapat lebih ramai pemandu di kawasan itu."

Pemandu e-hailing ditekan kadar upah rendah - kesan desakan pengguna mahu tambang murah? 02

Sumber: FB James Jūdgês

Pada tahun lalu, kenaikan kadar tambang perjalanan e-hailing bagi penumpang hangat diperkatakan dan bekas Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong, turut menggesa syarikat e-hailing untuk tampil memberi penjelasan.

Pada Mei 2022, Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bersama pengendali e-hailing (EHO) berbincang bagi memberi penjelasan kepada orang ramai tentang kenaikan kadar tambang e-hailing.

Menerusi perbincangan ini, difahamkan terdapat dua faktor utama yang menyumbang kepada lonjakan tambang e-hailing; (1) penawaran dan permintaan yang tidak seimbang, serta (2) kesesakan lalu lintas tinggi yang menyebabkan masa perjalanan lebih lama.

Pemandu e-hailing ditekan kadar upah rendah - kesan desakan pengguna mahu tambang murah? 03

Juga baca: Syarikat e-hailing beri penjelasan tambang mahal, dan inilah alasan yang diberi

Wee: "Jangan sampai kami terpaksa kawal" - Syarikat e-hailing disiasat jika langgar had surcaj 200%

Jika penurunan kadar tambang yang kita lihat masa kini adalah untuk menarik lebih ramai penumpang, bagaimana pula dengan pemandu e-hailing yang terpaksa menanggung kerugian?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda