window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemandu Honda Civic EK maut, rakan wanita cedera dipercayai kenderaan hilang kawalan

Haris ยท Oct 18, 2021 01:00 PM

Pemandu Honda Civic EK maut, rakan wanita cedera dipercayai kenderaan hilang kawalan 01

Foto: Kenderaan yang dipercayai milik mangsa

Seorang lelaki pemandu Honda Civic EK maut sementara seorang penumpang dipercayai rakannya cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kampung Melayu Subang menghala Bukit Jelutong, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pada kejadian jam 4.20 pagi itu, mereka dari Kampung Melayu Subang dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing.

Pemandu Honda Civic EK maut, rakan wanita cedera dipercayai kenderaan hilang kawalan 02

Foto: BSPTD Shah Alam

Pemandu berusia 22 tahun itu ingin menghantar rakan wanitanya berusia 20 tahun pulang ke rumah," katanya melalui kenyataan pada Ahad.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mangsa, Muhammad Daniel Aifiq, 22, dilaporkan tersepit dalam kemalangan tersebut dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling manakala rakannya dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Baca: Video: Toyota Avanza hilang kawalan, pemandu maut rempuh Plaza Tol Kubang Semang

Pemandu Honda Civic EK maut, rakan wanita cedera dipercayai kenderaan hilang kawalan 01

Honda Civic EK yang dipercayai milik mangsa

Baharudin berkata, kenderaaan jenis Honda Civic EK yang dipandu oleh lelaki itu disyaki telah hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan di sebelah kiri jalan dan telah berpusing ke arah bertentangan.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes kemalangan itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 014-8066 744," katanya.

Baca: Pemandu lawan arus punca 807 kemalangan tahun ini, catat sekitar 3 kes maut setiap bulan!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda