window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemandu lori nahas Terowong Menora ada 22 saman, cadangan gantung lesen pemandu sebegini munasabah?

Mersita ยท May 20, 2022 01:00 PM

Pemandu lori nahas Terowong Menora ada 22 saman, cadangan gantung lesen pemandu sebegini munasabah? 01

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kemalangan maut membabitkan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang menaiki Honda City dirempuh dari belakang oleh sebuah lori berhampiran Terowong Menora. Nahas pada tengah malam 12 Mei itu merupakan salah satu daripada banyak lagi kes kenderaan berat yang gagal memberhentikan kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan serius membabitkan banyak kenderaan awam lain sebagai mangsa.

Lebih mengejutkan, pemandu lori yang merempuh dan mengheret kereta mangsa sehingga terbakar itu didapati mempunyai sebanyak 22 saman atas pelbagai kesalahan trafik; dimana lapan daripadanya merujuk kepada kesalahan memandu melebihi had laju.

Pemandu lori nahas Terowong Menora ada 22 saman, cadangan gantung lesen pemandu sebegini munasabah? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Merujuk kepada insiden berkenaan, Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, telah mengusulkan cadangan kepada pihak kerajaan supaya melaksanakan larangan memandu kenderaan berat bagi tempoh tertentu terhadap individu yang mempunyai kesalahan trafik berulang, lapor Sinar Harian.

Juga baca: 5 pelajar rentung, Honda City terbakar dirempuh treler dalam nahas Terowong Menora; pemandu ditahan

Beliau mencadangkan larangan tersebut patut dilaksanakan keatas pemandu yang mempunyai kesalahan pemanduan seperti memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat, serta memandu secara merbahaya dan melulu.

Pemandu lori nahas Terowong Menora ada 22 saman, cadangan gantung lesen pemandu sebegini munasabah? 01

Ramai terkejut pemandu Myvi kuning, yang menerima rempuhan langsung dan paling teruk, terselamat tanpa kecederaan serius walaupun Myvinya dah jadi 'pancake'

“Jika individu tersebut didapati terima banyak saman, contohnya melebihi 10 saman berkaitan pemanduan berbahaya dalam tempoh setahun, jadi tindakan yang dicadangkan adalah gantung lesen individu berkenaan, misalnya selama dua tahun,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Selain itu, mantan pengerusi Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) itu juga berkata pelbagai pihak harus dipertanggungjawabkan dalam isu kemalangan membabitkan kenderaan berat. Misalnya, syarikat penghantaran harus dikenakan tanggungjawab lebih berat dalam memastikan pemandu lantikannya layak menjalankan tugas memandu kenderaan berat.

Pemandu lori nahas Terowong Menora ada 22 saman, cadangan gantung lesen pemandu sebegini munasabah? 02

Juga baca: Kerap nahas, kenderaan berat mungkin TIDAK LAGI dibenarkan guna Terowong Menora

Situasi sebegini merisaukan orang ramai kerana kenderaan besar dan berat tampil sebagai risiko yang cukup besar di jalan raya. Jika anda kurang pasti samada cadangan ini patut dipertimbangkan dan diluluskan atau tidak, lihat saja kes-kes kemalangan tersenarai di bawah membabitkan kenderaan berat dan betapa ramainya mangsa yang terkesan sekaligus dalam satu-satu insiden.

Juga baca:

Video: Lori kehilangan brek lepas plaza tol Ipoh, sondol 4 kereta & 1 bas sekaligus

Tragedi 9 motosikal berteduh bawah jejambat, 2 maut dirempuh lori!

Video: Gara-gara mabuk, pemandu lori 'tibai' 5 kereta di lorong bertentangan hingga ada maut

Pemandu lori rempuh Myvi dan 6 kereta lain positif dadah, pemandu Myvi selamat

APAD gantung lesen pengendali syarikat lori rempuh kereta di Jln. Ipoh selama 3 bulan

(Video) Lori pasir rempuh 7 buah kereta berhenti di lampu isyarat Sg. Buloh, brek gagal

(Video) Lori terbalik di NKVE, pemandu disangka mengantuk rupanya positif dadah

Lori ‘makan jalan’ turun Bukit Fraser, Myvi dipandu Haneesya Hanee remuk sebelah

Brek treler bocor depan TRX, nasib baik baru keluar dan belum masuk aliran trafik!

Tip untuk anda: Memandu disebelah lori, bagaimana cara untuk memastikan pemandunya nampak anda?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda