window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemandu mabuk ditangkap polis akibat merempuh 2 ‘roadblock’ PKP

Faisal · Jan 29, 2021 12:00 PM

Pemandu mabuk ditangkap polis akibat merempuh 2 ‘roadblock’ PKP 01

Foto: Juan Riduan@Harian Metro

Seorang lelaki warga tempatan yang berusia 36 tahun diberkas oleh polis apabila kereta Perodua Kancil yang dipandunya merempuh bukan setakat 1, tetapi 2 roadblock PKP di daerah Melamam, Sipitang. Kejadian yang berlaku pada jam 1.30 tengah hari itu telah mengakibatkan kerosakan pada beberapa peralatan sekatan jalan raya milik PDRM.

Menurut Ketua Polis Daerah Sipitang, pemandu tersebut datang dari arah Sipitang untuk menuju ke Tenom. Mengenai rempuhan pertama, suspek dilaporkan cuba untuk melarikan diri. 10 minit kemudian, suspek merempuh roadblock yang kedua.

Pemandu mabuk ditangkap polis akibat merempuh 2 ‘roadblock’ PKP 02

Foto: IPD Sipitang

Anggota polis telah mengejar dan berjaya memecahkan tayar Perodua Kancil tersebut di Kampung Bangsal, SIndumin, kira-kira 1 km dari lokasi roadblock. Ketika ditahan, suspek didapati berada dalam keadaan mabuk. Suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sipitang untuk siasatan lanjut. Kini, suspek direman untuk mendapat keterangan mengenai niat merempuh roadblock sebanyak 2 kali.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda