window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemandu mabuk Proton Wira hentam semua kereta yang parkir tepi jalan!

Haris ยท Mar 25, 2021 10:00 AM

Pemandu mabuk Proton Wira hentam semua kereta yang parkir tepi jalan! 01

Sebuah Proton Wira yang dipandu secara berbahaya telah mengakibatkan kerugian kepada pemilik kereta lain yang tidak bersalah. Hal ini kerana Proton Wira tersebut telah melanggar secara membuta tuli 3 buah kereta yang sedang diparkir di tepi jalan di samping turut melanggar lampu jalan.

Proton Wira yang dipandu oleh seorang wanita warganegara China tersebut dilaporkan melanggar sebuah Mazda 2 sedan, Honda City dan Proton Saga. Kesemua kenderaan yang dilanggar menjadi mangsa apabila pelaku hilang kawalan kendiri akibat daripada pengaruh alkohol.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kejadian yang berlaku di Jalan Bunga Cempaka 2, Ampang akhirnya terhenti apabila Proton Wira tersebut merempuh secara mengundur sebuah struktur yang kelihatan seperti sebuah gerai. Wanita berkenaan berjaya keluar dari kenderaan dalam keadaan mabuk sebelum ditenangkan oleh seorang wanita lain yang lalu lalang di situ.

Wanita berkenaan berjaya dibawa untuk siasatan lanjut dan ujian alkohol mendapati bahawa paras alkohol dalam badan lebih tinggi daripada tahap yang ditetapkan. Laporan lanjut dari pihak penyiasat polis dijangka akan menyusul.

Bacaan Lanjut:

Pemandu mabuk Toyota Hilux jadi punca kemalangan 5 kenderaan lain sampai tersodok!

Pemandu mabuk Merc E300 Coupe rempuh kereta polis, ambulan dan motosikal sekaligus!

VIDEO: Wanita mabuk pandu Toyota Vios sampai sondol motosikal Harley-Davidson & Yamaha Avantis

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda