window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemandu Perodua Alza trauma dilanggar lori. Padah atau padan?

Haris · Jul 21, 2020 12:00 PM

Pemandu Perodua Alza trauma dilanggar lori. Padah atau padan? 01

Tular baru-baru ini sebuah Perodua Alza yang panik selepas dilanggar lori. Alza tersebut dilihat cuba memotong sebuah lori tetapi gagal lalu bergeser dengan lori tersebut. Seterusnya, Alza tersebut hilang kawalan dan berpusing sehingga menongkah arus.

Tak cukup dengan itu, Perodua Alza tersebut yang panik juga dilihat menekan pedal ke hadapan dan ke belakang berulang kali. Sampailah hud Perodua Alza tersebut musnah dan tidak boleh bergerak barulah ia berhenti.

Insiden ini mencetuskan perbalahan dalam kalangan netizen. Mengikut peraturan hak jalan (Right of Way), lori tersebut betul kerana lorong kanan adalah lorong untuk membelok (rujuk anak panah jalan). Apatah lagi, lori memerlukan ruang yang besar untuk membelok.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Namun begitu, Perodua Alza tersebut juga sepatutnya lebih berhati-hati ketika memandu berdekatan dengan lori. Ketahuilah bahawa lori mempunyai banyak titik buta dan Perodua Alza tersebut sememangnya berada pada titik buta.

Pemandu Perodua Alza trauma dilanggar lori. Padah atau padan? 01

Untuk menambah lagi drama, sebuah hantaran telah dibuat oleh seseorang yang mendakwa sebagai adik pemandu Perodua Alza tersebut. Dia menyuruh agar video tersebut dipadam namun segalanya sudah terlambat. 

Pemandu Perodua Alza trauma dilanggar lori. Padah atau padan? 02

Diharapkan agar kita menjadikan insiden ini sebagai pengajaran. Pertama, sentiasa berwaspada dengan pemandu lain ketika memandu. Gunakanlah akal fikiran yang diberikan.

Keduanya, sentiasa ingat akan akibat daripada kelalaian anda. Di dunia yang penuh dengan kamera, anda mungkin tidak boleh lari dari rakaman.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda