window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemandu Proton Saga ‘kantoi’ pakai gelang kuarantin ketika pandu lalu di restoran

Haris · Aug 30, 2021 07:00 PM

Pemandu Proton Saga ‘kantoi’ pakai gelang kuarantin ketika pandu lalu di restoran 01

Seorang lelaki dikecam di laman sosial selepas perbuatannya pandu lalu di sebuah restoran makanan segera tular disebabkan oleh pemakaian Gelang Pengawasan dan Pemantauan di Rumah (HSO) berwarna putih.

Perbuatan lelaki tersebut tertangkap apabila seorang individu menangkap gambarnya memandu sebuah Proton Saga secara pandu lalu di sebuah restoran makanan segera di Bagan Ajam, Butterworth.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pemandu Proton Saga ‘kantoi’ pakai gelang kuarantin ketika pandu lalu di restoran 01

Lelaki itu dipercayai baru selesai membeli makanan segera melalui kaunter pandu lalu dan sedang menunggu pesanan siap ketika gambar dirakam.

Gambar itu memaparkan lelaki tersebut mengenakan pelitup muka berwarna hitam di bawah dagu sambil membuka tingkap kereta.

Turut kelihatan, seorang kanak-kanak yang menampal gel penyejuk badan pada dahi dipercayai sedang demam.

Pemandu Proton Saga ‘kantoi’ pakai gelang kuarantin ketika pandu lalu di restoran 02

Rujukan pihak KKM

Situasi lelaki berkenaan masih belum diketahui justeru mencetuskan perbincangan di laman sosial. Ramai yang mengecam tindakan lelaki berkenaan yang melanggar kuarantin kendiri di rumah dengan pergi ke restoran berdekatan di samping dilihat bersama seorang kanak-kanak yang dipercayai demam.

Malah, ada juga yang bersimpati dengan nasib lelaki tersebut dan menganggap bahawa dia mungkin berdepan situasi yang memaksanya pergi keluar mencari makanan.

Pemandu Proton Saga ‘kantoi’ pakai gelang kuarantin ketika pandu lalu di restoran 03

Pemakaian gelang putih bagi individu yang perlu menjalani kuarantin di rumah

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor ketika dihubungi berkata pihaknya bersama pihak Kementerian Kesihatan sedang mengesan lelaki berkenaan.

Baca: Lelaki ‘gelang pink’ ditahan di SJR, dakwa sesak nafas dan sakit dada

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda