window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemandu Proton Waja, Perodua Axia hanyut dalam arus banjir di Kluang akhirnya ditemui

Mersita Β· Jan 5, 2021 02:00 PM

Pemandu Proton Waja, Perodua Axia hanyut dalam arus banjir di Kluang akhirnya ditemui 01

Perjalanan gembira pulang dari kenduri perkahwinan bertukar tragedi apabila kereta Proton Waja yang dipandu oleh mangsa, Md Rajihan Junaidi, 28 tahun, hanyut dibawa deras air banjir di Jalan Kluang-Kahang pada Sabtu lepas (2 Januari 2021). Laporan diterima kira-kira pukul 8 malam.

Pemandu Proton Waja, Perodua Axia hanyut dalam arus banjir di Kluang akhirnya ditemui 02

Mangsa yang sedang mencuba meredah banjir tiba-tiba mendapati keretanya hilang kawalan lalu bertindak pantas memecahkan cermin kereta untuk menyelamatkan isteri tercinta, Khairunnisa Ibrahim, 24.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Isteri mangsa berjaya menyelamatkan diri sambil berpaut pada tiang pagar sebuah kebun berhampiran. Khairunnisa menjerit meminta tolong kerana suaminya masih terperangkap di dalam kereta tersebut.

Pemandu Proton Waja, Perodua Axia hanyut dalam arus banjir di Kluang akhirnya ditemui 01

Sumber: FB Fahd Rahmat 1

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Penolong Penguasa Bomba Akob Sedek berkata, kereta mangsa terjunam ke dalam parit di tepi jalan tersebut dan mangsa dipercayai terkeluar dari kereta tapi dihanyutkan oleh arus yang deras.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan berjaya menemui kereta Proton Waja tersebut pada petang 3 Januari tanpa pemandunya di dalam.

Operasi menyelamat diteruskan dan akhirnya mayat mangsa ditemui pada jam 5.10 petang semalam (4 Januari) di dalam kebun pisang, kira-kira 100 meter dari jalan utama.

Khairunnisa yang sedang mengandung anak pertama mereka hadir membuat pengecaman awal mangsa. Allahyarham selamat dikebumikan semalam di Kampung Parit Nipah Darat, Parit Raja.

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor, satu lagi kes serupa melibatkan Perodua Axia yang hanyut dibawa arus banjir di Kampung Niyor, Kluang. Kereta yang hanyut itu ditemui di dalam parit dengan kedalaman lebih kurang 4 meter dan berjaya dibawa naik oleh pihak penyelamat yang bertugas.

Pemandu Proton Waja, Perodua Axia hanyut dalam arus banjir di Kluang akhirnya ditemui 02

Gambar: FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor

Mangsa ditemui lebih kurang 50 meter dari lokasi kereta mangsa dijumpai. Mangsa, Ikmal Hakimi Bin Mahasan, 20 tahun, disahkan meninggal dunia.

Takziah kami ucapkan pada keluarga-keluarga mangsa yang terkesan dengan banjir teruk yang melanda negara kita awal tahun ini. Sila memandu di kawasan banjir dengan selamat.

Sumber berita: Sinar Harian

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda