window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa, bas tak perlu pohon PERMAI, syarat pendapatan minima e-hailing direndahkan

Mersita ยท Feb 16, 2021 01:00 PM

Pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa, bas tak perlu pohon PERMAI, syarat pendapatan minima e-hailing direndahkan 01

Industri pengangkutan adalah antara yang paling terkesan dengan impak pandemik COVID-19 yang melanda dunia dek industri pelancongan yang terhenti. Pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa, bas persiaran dan bas sekolah adalah antara yang diberi bantuan oleh kerajaan yang berhasrat meringankan beban yang ditanggung.

Pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa, bas tak perlu pohon PERMAI, syarat pendapatan minima e-hailing direndahkan 02

Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong

Oleh itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong memaklumkan golongan ini yang menerima bantuan Prihatin sebelum ini akan dikecualikan daripada melalui proses permohonan bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai).

Keputusan ini dibuat untuk mempercepatkan proses bantuan ‘one-off’ sebanyak RM 500 kepada golongan berkenaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa, bas tak perlu pohon PERMAI, syarat pendapatan minima e-hailing direndahkan 01

"Bagi teksi dan kereta sewa, semua pemandu yang menepati syarat kelayakan bantuan Prihatin sebelum ini diberi kelulusan secara automatik tanpa melalui saringan kriteria kelayakan sekali lagi untuk menerima bantuan Permai," kata beliau dalam satu kenyataan dibuat semalam.

Beliau juga berkata semua pemandu bas persiaran yang menepati syarat kelayakan bantuan Prihatin sebelum ini tidak perlu disaring untuk caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sekali lagi dan hanya saringan lesen memandu yang sah sahaja diperlukan.

Pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa, bas tak perlu pohon PERMAI, syarat pendapatan minima e-hailing direndahkan 02

Bagi pemandu bas sekolah pula, hanya saringan lesen vokasional, lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) yang sah sahaja akan dibuat. Semua pemandu bas sekolah yang menepati syarat kelayakan tidak perlu didaftarkan semula oleh syarikat masing-masing.

Tambahan pula, bagi meluaskan skop penerima bantuan, syarat pendapatan minimum untuk pemandu e-hailing yang layak mendapat bantuan Prihatin sebelum ini telah dikurangkan dari RM 1,200 sebelum ini kepada minima RM 700 di bawah bantuan Permai untuk bulan Oktober, November, atau Disember 2020.

Pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa, bas tak perlu pohon PERMAI, syarat pendapatan minima e-hailing direndahkan 03

Sumber

"Kementerian Pengangkutan Malaysia menggesa kepada semua pemohon baharu supaya memberikan maklumat yang tepat dan terkini kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sesuai dengan kriteria yang ditetapkan untuk memastikan pemprosesan dan pengagihan bantuan tunai mereka tidak lagi tertangguh," kata beliau lagi.

Sumber berita: Sinar Harian

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda