window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemandu Toyota Hilux buat hal di bazaar mengaku tidak bersalah

Mersita · Jun 2, 2020 10:45 AM

Pemandu Toyota Hilux buat hal di bazaar mengaku tidak bersalah 01

Ingat lagi kisah rare Toyota Hilux mengamuk dan merempuh orang awam di bazaar ramadan Bukit Sentosa? Malang tak berbau, dua orang cedera akibat pemandu pacuan 4 roda tersebut merempuh tapak bazaar dan melanggar beberapa jenis kenderaan lain termasuk dua kereta dan dua motosikal.

Kang Ming Han, 32, mengaku tidak bersalah dalam mahkamah Jumaat lepas setelah didakwa dibawah Akta Polis Seksyen 90 bagi kesalahan menyerang dan memaki hamun pegawai polis bertugas.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh didenda penjara maksimum 6 bulan atau denda RM500 atau kedua-duanya sekali.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pemilik kedai tayar dari Klang itu juga didakwa dibawah Seksyen 37 Kanun Keseksaan bagi cubaan membunuh peniaga bazaar ramadan tersebut apabila tertuduh merempuh gerai tanpa kawalan.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kelakuan pemandu tersebut yang disyaki mabuk dapat dilihat menerusi dua video yang tular di media sosial seperti Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Rakaman jelas menunjukkan pemandu tersebut hampir-hampir melanggar orang awam yang cuba untuk menghentikan aksi gila GTA itu dengan membaling pelbagai objek keras. Dari sudut lain pula pemandu dilihat merempuh sebuah trak pikap berhampiran.

Dengan semua bahan bukti yang ada dan saksi kejadian tersebut, agak sukar bagi pesalah untuk membuat rayuan terutama sekali bagi dakwaan kedua.

Menurut laporan Harian Metro, Kang merempuh bazar Ramadan berkenaan sejurus selepas meninggalkan Balai Polis Bukit Sentosa dimana tertuduh dikatakan mengamuk, memaki hamun pegawai polis dan cubaan meluru masuk ke balai dengan Toyota Hilux yang dipandu.

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda