window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemandu trak langgar cermin kereta BMW, dapat hadiah tiket flight atas kejujuran

Mersita ยท Nov 6, 2020 02:30 PM

Pemandu trak langgar cermin kereta BMW, dapat hadiah tiket flight atas kejujuran 01

Kes langgar lari memang selalu kita dengar – lepas langgar, si pengecut lari untuk elakkan masalah. Tapi, tak semua orang berperangai sebegitu. Itulah yang terjadi pada pemandu trak yang akhirnya diberi hadiah bermakna atas kejujurannya mengaku salah dengan pemilik kereta yang dilanggarnya.

En. Wang Yaowen, pemandu trak yang baru saja mula bekerja sebagai pemandu di Singapura, secara tidak sengaja terlanggar cermin sisi kereta seorang wanita yang menyebabkan cermin sisi itu terputus terus dari badan kereta.

Pemandu trak langgar cermin kereta BMW, dapat hadiah tiket flight atas kejujuran 02

Nota berbunyi lebih kurang begini: Pemandu Wang Yao Wen, saya tak sengaja terlanggar kereta awak. Minta maaf sangat-sangat, ini nombor telefon saya

Tapi, En. Wang lakukan sesuatu yang tak ramai orang buat – beliau tinggalkan nota bertulis untuk memohon maaf atas kecuaian itu serta meninggalkan nombor telefon supaya beliau boleh membayar pampasan kepada si pemilik.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Si pemilik kereta yang memarkir keretanya di Tiong Bahru itu tak lain tak bukan DJ radio Kiss92 terkenal iaitu DJ Maddy Barber. Setelah menemukan kereta BMW beliau tanpa cermin sisi, DJ Maddy terlihat nota tersebut dan bertindak secara kreatif.

Diinspirasikan oleh satu cabaran TikTok yang digelar “trade-up project”, DJ radio wanita itu mengalu-alukan pendengar radio dan peminatnya untuk menyertai projek bertukar-tukar barang itu supaya beliau boleh menukar cermin sisinya yang patah untuk sesuatu yang lebih berharga.

Projek itu berjalan dengan jayanya dimana cermin sisi itu mula-mula di’trade-in’ dengan item seperti meja kayu jati, tilam mahal, kerusi ‘gaming’, dan akhir sekali berjaya ditukar dengan tiket penerbangan untuk menerbangkan keluarga En. Wang ke Singapura! Tiket tersebut merupakan hasil sumbangan peminat Kiss bernama Thomas.

Bagi yang tak tahu apa itu “trade-up project”, ia satu trend baru yang dimulakan oleh blogger Kanada Kyle MacDonald dibawah Projek One Red Paperclip – dimana beliau bermula dengan satu klip kertas dan berjaya menukar klip kertas itu kepada sebuah rumah melalui puluhan ‘trade-in’ dengan peserta. Nilai barangan yang ditukar selalunya akan jadi semakin tinggi apabila semakin ramai orang turut menyertainya.

Pemandu trak langgar cermin kereta BMW, dapat hadiah tiket flight atas kejujuran 01

Sumber: FB Kiss92

Tambahan pula, BMW tampil kedepan menawarkan DJ Maddy servis penggantian cermin sisi keretanya dengan percuma bagi menghargai inisiatif baik hati yang dimulakan olehnya.

Bagi En. Wang pula, kejujuran beliau nyata mendatangkan lebih banyak rezeki dimana rangkaian Restoran Putien menawarkan hidangan percuma untuk seisi keluarga En. Wang. Parkroyal Collection Pickering pula menawarkan keluarga itu penginapan 4H3M percuma untuk keselesaan mereka semasa datang melawat nanti.

Biarlah jadi teladan untuk semua – jika kita menyenangkan orang yang kita susahkan, balasan baik pasti diterima. Ingat, berlaku jujur setiap masa dan rezeki tak pernah salah alamat!

Sumber berita: AsiaOne

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda