window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemandu treler rempuh perancah besi SUKE positif dadah. Dua mangsa maut.

Mersita ยท Mar 4, 2021 11:00 AM

Pemandu treler rempuh perancah besi SUKE positif dadah. Dua mangsa maut. 01

Kejadian malang yang berlaku petang semalam di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Desa Tun Razak, Cheras yang masih dalam pembinaan mengakibatkan dua dari empat wanita pekerja kilang maut di tempat kejadian manakala dua lagi rakan mereka bersama seorang lelaki yang juga pemandu van mengalami kecederaan serius.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, pemandu treler berusia 40 tahun yang melanggar kerangka besi pada pembinaan di jejantas pejalan kaki sehingga menyebabkan rusuk keluli bersama dengan perancah besi terjatuh di kedua-dua laluan Lebuhraya MRR2 telah menghempap sebuah van yang bergerak dari Ampang menghala ke TBS.

Pemandu treler rempuh perancah besi SUKE positif dadah. Dua mangsa maut. 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Van yang membawa empat pekerja kilang wanita tersebut sedang dalam perjalanan ke sebuah kilang di USJ 1 semasa kejadian berlaku. Kesemua mangsa terperangkap di dalam van yang dihempap pada kira-kira 5.50 pm petang semalam. Mangsa terakhir berjaya dikeluarkan pada kira-kira 9.29 pm pada Rabu (3 Mac).

Pemandu treler rempuh perancah besi SUKE positif dadah. Dua mangsa maut. 01

Gambar: Bernama

Pemeriksaan lanjut mendapati pemandu treler yang berasal dari Perak itu positif dadah jenis metaphetamine dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Menurut laporan NST, Zulkefly berkata siasatan awal mendapati treler tersebut sedang membawa bahan besi dan tidak terlebih muatan. Treler itu juga diiringi oleh kereta pengiring di hadapannya.

Pemandu treler rempuh perancah besi SUKE positif dadah. Dua mangsa maut. 02

Zulkefly berkata mangsa yang maut membabitkan Nurina Edwin Abdullah (47) dan Norhayati Abdullah (42). Manakala pemandu van, Muhd Fairus Mohd Yusof (47), patah tulang bahu kiri, bengkak pada paru-paru dan mengalami pendarahan dalaman.

Dua lagi mangsa iaitu Zaitun Zainal (54) cedera pada bahagian kaki sebelah kiri manakala Zakiyyah Yakop (54) cedera di bahagian betis sebelah kiri.

Pemandu treler rempuh perancah besi SUKE positif dadah. Dua mangsa maut. 03

Pemandu treler itu akan ditahan reman di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memandu di bawah pengaruh bahan terlarang. Kes ini turut disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak pemaju SUKE dalam satu kenyataan memberitahu yang treler berkenaan tidak terlibat di dalam pembinaan lebuhraya tersebut.

Sumber berita: Astro Awani

Baca juga: 

Konkrit SUKE hempap Saga – KKR arah siasatan dan audit dibuat

Kes Proton Saga dihempap konkrit; pihak bertanggungjawab didenda RM180 ribu

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda