window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemandu van tersepit setengah jam setelah berlanggar dengan Perodua Kancil

Mersita ยท Sep 24, 2021 06:00 PM

Pemandu van tersepit setengah jam setelah berlanggar dengan Perodua Kancil 01

Sebuah van Nissan NV350 Urvan terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah Perodua Kancil di Jalan Perak, Jelutong semalam sehingga menyebabkan pemandu van tersepit di dalam kenderaan tersebut selama kira-kira setengah jam sebelum berjaya dikeluarkan.

Dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 1 petang semalam, pemandu van berusia 28 tahun itu juga dilaporkan mengalami kecederaan parah di mukanya.

Pemandu van tersepit setengah jam setelah berlanggar dengan Perodua Kancil 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pemandu Perodua Kancil yang merupakan seorang lelaki Cina mengalami kecederaan di kepala. Pemandu Kancil itu belum dikenalpasti identitinya dan telah dibawa ke hospital oleh rakannya terlebih dahulu sejurus selepas kemalangan berlaku.

Pemandu van tersepit setengah jam setelah berlanggar dengan Perodua Kancil 01

Pihak bomba dilaporkan menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 1.05 petang dan pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian kurang 10 minit kemudian.

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dilakukan menggunakan peralatan khas dan mangsa berjaya dikeluarkan  pukul 1.40 petang. Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 1.47 petang,” kata jurucakap tersebut.

Pemandu van tersepit setengah jam setelah berlanggar dengan Perodua Kancil 02

Pemandu van yang terpaksa menahan sakit sementara menunggu diselamatkan itu telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda