window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemilik Ford boleh jimat untuk servis kenderaan sepanjang April & Mei ini!

Mersita ยท Apr 2, 2021 06:00 PM

Pemilik Ford boleh jimat untuk servis kenderaan sepanjang April & Mei ini! 01

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, hari ini mengumumkan promosi servis bermula 1 April sehingga 31 Mei 2021 bersempena musim perayaan yang bakal menjelang.

Pelanggan yang membuat temujanji servis kenderaan sepanjang tempoh ini boleh menikmati penjimatan sehingga 20% bagi alat-ganti dan minyak enjin terpilih.

Pemilik Ford boleh jimat untuk servis kenderaan sepanjang April & Mei ini! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk lebih penjimatan, para pelanggan boleh menikmati potongan 20% untuk pakej brek dan tali sawat pemasaan, potongan sehingga 20% untuk pakej minyak pelincir, ditambah lagi dengan potongan 10% untuk upah kerja bagi pakej-pakej yang disebutkan.

Hanya alat-ganti pengeluar peralatan asli (OEM) digunakan apabila melakukan servis kenderaan di mana-mana 39 pusat servis berdaftar Ford di seluruh negara.

Pemilik Ford boleh jimat untuk servis kenderaan sepanjang April & Mei ini! 01

Dengan Alat-Ganti Tulen Ford, pelanggan mendapat jaminan standard kualiti, pemasangan dan kemasan terbaik kerana alat-gantinya memang dibuat khusus untuk kenderaan Ford bagi memastikan prestasi yang cemerlang.

Kesemua alat-ganti tulen Ford didatangkan dengan waranti 12 bulan atau 20,000km, yang mana terdahulu - tidak termasuk alat-ganti haus dan lusuh.

Pemilik Ford boleh jimat untuk servis kenderaan sepanjang April & Mei ini! 02

Para pemilik kenderaan Ford juga boleh dapatkan pemeriksaan kenderaan 27-poin secara percuma oleh juruteknik Ford yang bertauliah bagi memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik.

Di samping itu, pelanggan yang berbelanja lebih daripada RM 350 dalam satu resit boleh dapatkan satu mug eksklusif secara percuma dan sampul hijau juga akan diberi kepada semua pelanggan servis (selagi stok masih ada)!

Pemilik Ford boleh jimat untuk servis kenderaan sepanjang April & Mei ini! 03

Nak buat temujanji? Pelanggan boleh menempah temujanji servis secara dalam talian melalui laman sesawang Ford dan pelanggan juga boleh membuat temujanji e-Servis di 7 pusat servis berdaftar Ford di seluruh negara iaitu Ford Ara Damansara, Ford Petaling Jaya 2, Ford Juru, Ford Butterworth, Ford Kuching, Ford Kota Kinabalu dan Ford Tawau.

Tempahan slot e-Servis boleh dibuat melalui pautan ini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda