window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemilik Mercedes-Benz, adakah anda sudah memeriksa tayar MO anda sebelum balik kampung?

Zamil Syaheer ยท Apr 29, 2022 06:00 PM

Pemilik Mercedes-Benz, adakah anda sudah memeriksa tayar MO anda sebelum balik kampung? 01

Musim perjalanan Hari Raya akan bermula hujung minggu ini dan Mercedes-Benz Malaysia ingin mengingatkan pelanggan supaya membawa masuk kenderaan Mercedes-Benz mereka untuk pemeriksaan kesihatan dan keselamatan kenderaan sebelum balik kampung.

Khususnya, pelanggan perlu memberi perhatian kepada tayar mereka - komponen paling asas dan paling kritikal yang menentukan keberkesanan ciri keselamatan canggih Mercedes-Benz mereka.

Pemilik Mercedes-Benz, adakah anda sudah memeriksa tayar MO anda sebelum balik kampung? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tanpa sentuhan yang kukuh untuk memastikan kereta melekat elok di jalan raya, semua ciri keselamatan aktif lain dalam kereta menjadi tidak berguna.

Anda mungkin berfikir bahawa mana-mana tayar dengan saiz dan kesesuaian yang betul sesuai untuk Mercedes-Benz anda tetapi adakah anda tahu bahawa semua kereta Mercedes-Benz dihantar dari kilang dengan tayar Mercedes-Benz Original (MO)?

Pemilik Mercedes-Benz, adakah anda sudah memeriksa tayar MO anda sebelum balik kampung? 01

Tayar MO dibuat khas untuk kenderaan Mercedes-Benz, dengan kompaun dan corak bunga yang dioptimumkan berat dan dinamik pemanduan Mercedes-Benz. Tayar Mercedes-Benz Original dijual di mana-mana pusat servis sah Mercedes-Benz.

Setiap tayar MO telah melalui sehingga 1,000 jam tambahan kejuruteraan dan ujian untuk memastikan jarak brek yang lebih pendek, kestabilan terma yang lebih tinggi, ketahanan yang lebih baik terhadap akuaplaning, serta pengendalian yang lebih lancar, rintangan olengan serta bunyi tayar yang lebih rendah.

Pemilik Mercedes-Benz, adakah anda sudah memeriksa tayar MO anda sebelum balik kampung? 02

Tayar ini boleh dikenal pasti dengan tanda MO di dinding sisi. Sebagai lanjutan kepada tanda MO, sesetengah model menggunakan tayar MOE. Ini merujuk kepada tayar run-flat yang dibuat khas untuk kereta Mercedes-Benz. Sementara itu, model AMG berprestasi tinggi akan menggunakan tayar MO1. Terdapat juga MOS, tayar bunyi rendah yang direka khusus untuk model berorientasikan keselesaan.

Untuk mendapat penandaan MO, pengeluar tayar mesti boleh menukar tali pinggang penstabil 0 darjah tayar, tali pinggang keluli, ‘carcass’, ‘bead’, bunga dan dinding sisi untuk memenuhi keperluan Mercedes-Benz 40, yang meliputi lebih 40 parameter keselamatan tayar dan prestasi.

Pemilik Mercedes-Benz, adakah anda sudah memeriksa tayar MO anda sebelum balik kampung? 03

Tayar MO telah dinaiktaraf di kawasan ini untuk memenuhi keperluan Mercedes-Benz

Sebelum memulakan perjalanan jauh anda pada Raya ini, buat temu janji dengan pengedar sah Mercedes-Benz pilihan anda untuk pemeriksaan kesihatan kenderaan dan tayar. Orang yang paling mengenali Mercedes-Benz anda ialah orang yang membina dan menjual kereta itu.

Seperti kebanyakan kereta yang mendapat permintaan tinggi, kereta popular, terdapat banyak alat ganti tiruan yang dijual, dengan beberapa yang secara visual sangat serupa dengan alatan sebenar sehinggakan pakar pun sukar untuk membezakannya. Walau bagaimanapun, letakkan alat ganti tirun pada ujian tekanan, maka perbezaan antara bahagian Mercedes-Benz tulen dan yang palsu menjadi lebih jelas.

Untuk ketenangan fikiran sepenuhnya, Mercedes-Benz Malaysia mengesyorkan agar kereta anda diperiksa di cawangan sah mereka.

Temu janji boleh dibuat dalam talian di mb4.me/myoab, atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Mercedes-Benz Malaysia di 1-800-88-1133. Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

Artikel ini ditaja oleh Mercedes-Benz Malaysia.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda