window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemilik Proton X50 boleh mula kemaskini perisian GKUI 19 secara over-the-air, buat sendiri je!

Haris · Jul 22, 2022 04:00 PM

Pemilik Proton X50 boleh mula kemaskini perisian GKUI 19 secara over-the-air, buat sendiri je! 01

Jika anda merupakan pemilik Proton X50, sistem infotainment anda kini bersedia untuk menerima kemas kini perisian baharu GKUI 19. Hal ini berikutan pengumuman kemaskini-melalui-udara (Over The Air) telah dimuat naik di Facebook rasmi Proton Cars.

Kemaskini ini akan dikeluarkan secara berkelompok dan pemilik boleh mengikuti langkah yang disenaraikan di sini untuk menyemak dan mengemas kini perisian.

Pemilik Proton X50 boleh mula kemaskini perisian GKUI 19 secara over-the-air, buat sendiri je! 02

Antara muka GKUI lama

Beberapa ciri baharu pada GKUI 19 terkini termasuk:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • Reka bentuk antara muka pengguna yang diperhalusi untuk penyesuaian peribadi
  • Pengalaman arahan suara yang dipertingkatkan dan makluman pintar
  • Pengalaman navigasi yang dipertingkatkan
  • Pengalaman baharu dengan aplikasi gedung beli belah

Pemilik Proton X50 boleh mula kemaskini perisian GKUI 19 secara over-the-air, buat sendiri je! 01

GKUI 19

Malangnya, kemas kini baharu ini tidak menampilkan ciri terbesar yang diminta oleh kebanyakan pemilik – sambungan melalui Android Auto dan Apple CarPlay. Namun jangan risau, jika anda ingin memastikan sistem maklumat hiburan Proton X50 kesayangan anda dikemas kini, ikuti 7 langkah mudah ini.

Pemilik Proton X50 boleh mula kemaskini perisian GKUI 19 secara over-the-air, buat sendiri je! 02

Pertama, klik [Settings], kemudian diikuti dengan [System].

Pemilik Proton X50 boleh mula kemaskini perisian GKUI 19 secara over-the-air, buat sendiri je! 03

Sebaik sahaja di dalam menu [System], anda akan melihat "Update available" jika kemas kini OTA sudah tersedia untuk kenderaan anda. Klik [GKUI 19] untuk meneruskan.

Pemilik Proton X50 boleh mula kemaskini perisian GKUI 19 secara over-the-air, buat sendiri je! 04

Selepas itu, klik [Speed first] untuk mula memuat turun perisian infotainment baharu.

Pemilik Proton X50 boleh mula kemaskini perisian GKUI 19 secara over-the-air, buat sendiri je! 05

Setelah perisian selesai dimuat turun, klik [Install].

Pemilik Proton X50 boleh mula kemaskini perisian GKUI 19 secara over-the-air, buat sendiri je! 06

Kemudian, klik [Sure] untuk meneruskan selepas membaca dan memahami peringatan pop timbul. Pastikan enjin dihidupkan semasa proses ini dan kekal dalam zon selamat untuk memastikan keselamatan anda. Mematikan enjin semasa melakukan kemas kini perisian mampu menjejaskan fungsi sistem.

Pemilik Proton X50 boleh mula kemaskini perisian GKUI 19 secara over-the-air, buat sendiri je! 07

Unit infotainmen juga tidak akan beroperasi semasa ia dikemas kini. Ia akan mengambil masa kira-kira 10-15 minit untuk pemasangan dan kemas kini anda selesai.

Pemilik Proton X50 boleh mula kemaskini perisian GKUI 19 secara over-the-air, buat sendiri je! 08

Akhir sekali, sistem infotainmen akan dimulakan semula secara automatik setelah kemas kini perisian baharu selesai.

Pemilik Proton X50 boleh mula kemaskini perisian GKUI 19 secara over-the-air, buat sendiri je! 09

Untuk menyemak sama ada anda mempunyai versi perisian terkini, klik [Settings] diikuti [System] dan perhatikan pada bahagian [System Version].

Perhatikan, versi perisian terkini untuk unit infotainment PROTON X50 kemaskini 22 Julai 2022 adalah seperti berikut:

  • Premium dan Flagship - SW0SXRA0616H5170.00581
  • Standard dan Executive - SW0SXRA0616L5170.00582

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda