window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Top_pc', [ [ 728, 90 ] ], 'div-gpt-ad-1677034384063-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1677034384063-0'); });

Pemilik Volkswagen boleh uruskan servis kereta atas-talian – mudah dan selamat!

Mersita · Oct 22, 2020 05:00 PM

Pemilik Volkswagen boleh uruskan servis kereta atas-talian – mudah dan selamat! 01

Antara perkara paling malas nak buat ialah hantar kereta pergi pusat 3S untuk servis. Kena berbaris, tunggu kereta siap, menangis tengok senarai ‘penyakit’ kereta… OK, yang terakhir tu memang semua kena hadap. Tapi, kalau anda pemilik kereta Volkswagen, anda beruntung! Servis selepas-jualan Volkswagen memudahkan pemilik untuk ‘settle’ semua ni dengan selesa di rumah.

Pemilik Volkswagen boleh uruskan servis kereta atas-talian – mudah dan selamat! 02

Dibawah inisiatif #SafeHands oleh VPCM, pemilik kereta Volkswagen kini boleh membuat temu-janji servis kereta mereka melalui Tempahan Servis Atas-Talian yang boleh diakses dengan mudah di komputer atau telefon bimbit. Pemilik hanya perlu pilih wakil jualan yang dimahukan, tarikh dan masa yang sesuai, masukkan maklumat kenderaan, dan penasihat selepas-jualan akan hubungi pemilik untuk sahkan tempahan slot tersebut.

Pemilik Volkswagen boleh uruskan servis kereta atas-talian – mudah dan selamat! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });

Sedang kita dalam kemelut pandemik ini dan kes yang meningkat saban hari, nak lepak di pusat servis lama-lama pun boleh buat kita tak keruan. Satu lagi servis menarik yang ditawarkan VW ialah Servis Kamera dimana pemilik akan diberi video menyeluruh menjelaskan tentang perkara-perkara tambahan selain daripada servis wajib yang perlu dibetulkan pada kereta. Setelah dimaklumkan tentang masalah-masalah ini, pemilik boleh pilih samada untuk terima atau tolak ‘job’ yang diperlukan melalui telefon atau atas-talian.

Apa yang pemilik cuma perlu lakukan ialah menghantar kunci kereta dan sahkan penerimaan kenderaan secara digital. ‘E-quotation’ juga akan dihantar secara digital dan segala urusan pengambilan kereta akan dilakukan melalui servis kamera.

Pemilik Volkswagen boleh uruskan servis kereta atas-talian – mudah dan selamat! 01

Kalau anda pemilik kenderaan Volkswagen, anda boleh nikmati promosi Pakej Pembetulan (‘Repair Packages’) untuk kenderaan berumur lebih lima tahun – penjimatan sehingga RM1,394 untuk penyerap hentakan dan sehingga RM992 diskaun untuk brek. Tambahan pula, alat-ganti tulen diberi 2 tahun waranti. Untuk maklumat lanjut, lawati www.volkswagen.com.my

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda