window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemilik VW di China berdepan isu ‘particulate filter’ sumbat kerana pandu tak cukup laju

Faisal · May 27, 2021 11:00 AM

Pemilik VW di China berdepan isu ‘particulate filter’ sumbat kerana pandu tak cukup laju 01

Pemilik Volkswagen di China kerapkali melaporkan masalah prestasi dan penggunaan minyak yang tinggi. Perkara ini sebenarnya berpunca dari penapis gasoline particulate filter (GPF) yang tersumbat.

Untuk maklumat anda, GPF hanya terdapat pada kereta yang mematuhi piawaian pelepasan Euro 6. Jadi, ia tidak berlaku di Malaysia.

Menariknya, isu ini hanya terjadi di pasaran yang beriklim sejuk.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pemilik VW di China berdepan isu ‘particulate filter’ sumbat kerana pandu tak cukup laju 01

Menurut pemilik, mesej amaran GPF akan menyala apabila memandu dalam bandar. Penggunaan minyak juga dilaporkan mencecah sehingga 30L/100 km.

Selain itu, respon pedal minyak juga dikatakan lebih malas. Malah, ciri auto start/stop juga dilaporkan lebih kasar daripada biasa.

Pemilik VW di China berdepan isu ‘particulate filter’ sumbat kerana pandu tak cukup laju 02

Berikutan hal ini, pusat servis Volkswagen di China menasihatkan pemilik untuk memandu pada kelajuan lebuhraya (80 – 120 km/j) supaya penapis itu bersih dengan sendiri. Akan tetapi, akses mereka untuk memandu pada kelajuan sebegini hanyalah pada lebuhraya yang mempunyai tol sahaja.

Untuk pengetahuan anda, zarah yang ditapis oleh GPF tidak dapat dileburkan sekiranya ekzos kereta tidak cukup panas. Oleh itu, pemilik disarankan memandu pada kelajuan tinggi sekurang-kurangnya untuk 10 ke 20 minit bagi menggelakkan penapis GPF daripada tersumbat.

Pemilik VW di China berdepan isu ‘particulate filter’ sumbat kerana pandu tak cukup laju 03

Proses ini dipanggil 'GPF Regeneration' dan ia telahpun dilampirkan dalam buku manual Volkswagen sendiri. Setakat ini, kebanyakan pemilik yang berhadapan dengan isu GPF yang tersumbat adalah dari penempatan yang bercuaca sejuk. Mereka yang melaporkan masalah ini juga hanya memandu untuk perjalanan yang dekat sahaja. Jadi, tidak hairanlah sekiranya isu ini berlaku.

Jalan penyelesaian untuk masalah ini: pandu lebih laju.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda