window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Peminat di UK dedahkan sebab Proton Saga dan Iswara lama jadi popular di sana. Ada nilai?

Mersita · Jun 12, 2022 12:00 PM

Peminat di UK dedahkan sebab Proton Saga dan Iswara lama jadi popular di sana. Ada nilai? 01

Status pengeluar kereta nasional yang dikaitkan dengan Proton mungkin sudah kurang tepat. Ya, ketika ia ditubuhkan pada 1980an, ia satu pencapaian besar dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Walaupun perjalanannya penuh liku dan kontroversi, Proton berjaya menempa nama di pentas automotif dunia dan projek ini sememangnya bercita-cita tinggi.

Peminat di UK dedahkan sebab Proton Saga dan Iswara lama jadi popular di sana. Ada nilai? 02

Proton mengembangkan sayapnya di luar negara dan mengimport keretanya sehingga ke Eropah. Ireland menjadi pasaran Eropah pertama bagi eksport Proton, namun kedatangannya sebenarnya lebih ditunggu-tunggu di UK.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Peminat di UK dedahkan sebab Proton Saga dan Iswara lama jadi popular di sana. Ada nilai? 01

Pada 1989, Proton dilancarkan di United Kingdom. Namun, nama “Saga” digugurkan dari model-model yang dijual di sana dan sebaliknya meringkaskannya berdasarkan cc dan trim kereta. Sebanyak 10 varian ditawarkan, dan strategi berani ini membuah hasil apabila Proton berjaya menjadi pengeluar kereta paling pesat berkembang di UK.

Juga baca: Proton Saga 1989 kualiti eksport ada bumbung suria? Imbau kembali kehadiran Proton di UK!

Malah, ia juga menjadi tarikan popular apabila sebuah Iswara berwarna merah baldu (digelar sebagai Proton Mpi di UK) muncul di kaca TV menerusi salah satu episod popular Mr. Bean. Ia menarik perhatian warga Malaysia bukan saja kerana lencana Proton muncul di rancangan TV kegemaran ramai, ia juga menunjukkan kemasan warna unik yang tiada di pasaran Malaysia.

Peminat di UK dedahkan sebab Proton Saga dan Iswara lama jadi popular di sana. Ada nilai? 02

Walaupun ia digunakan sebagai prop komedi, Proton mempunyai permulaan yang memberangsangkan di pasaran UK. Malangnya, kejayaannya di peringkat awal tidak bertahan lama. Sedang ia bergelut untuk melepaskan imej “kereta pakcik pencen”, ditambah pula dengan model-model seterusnya yang kurang berdaya saing, Proton akhirnya terpaksa mengundurkan diri dari pasaran negara itu pada tahun 2016 – setelah 141,209 unit terjual di sana sejak 1989.

Peminat di UK dedahkan sebab Proton Saga dan Iswara lama jadi popular di sana. Ada nilai? 03

Kredit foto: @idriveaclassic

Walaupun sudah tidak kelihatan sejak 6 tahun lalu, Proton masih dirindui oleh sekumpulan peminat British yang jatuh cinta pada segmen menarik lagi ‘rare’ ini.

Aneh itu indah

Kumpulan peminat kereta unik dan ‘quirky’ sememangnya mempunyai selera yang menarik, dan anda boleh temui mereka di Twitter menerusi #WeirdCarTwitter. Sejarah tentang bila dan bagaimana trend ‘hashtag’ ini bermula mungkin kurang jelas, namun akaun utama yang boleh dikaitkan dengannya boleh jadi @weirdcartweets.

Menurut profail Twitternya, #WeirdCarTwitter ialah satu bentuk pertemuan virtual atau komuniti atas-talian bagi individu yang “menghargai kereta-kereta aneh yang juga kurang menerima perhatian sepatutnya dalam kehidupan seharian”. Baca saja bebenang ‘hashtag’ ini dan anda akan perasan kebanyakan gambar kereta yang dikongsikan ialah kereta harian biasa dan kebanyakannya nampak usang.

Barangkali, inilah keistimewaan dan nilai yang dapat dirasai oleh peminat-peminat di Weird Car Twitter kerana kereta-kereta ini pada suatu ketika dahulu teramatlah biasa dan ramai yang membesar dengannya. Sentimen, memori, dan nostalgia nyata menentukan nilainya yang sebenar. Malangnya, apabila kereta-kereta ini sudah senja usianya dan semakin sukar untuk dijaga supaya selamat dibawa di jalan raya, lama-kelamaan ia pupus ditelan zaman.

Peminat di UK dedahkan sebab Proton Saga dan Iswara lama jadi popular di sana. Ada nilai? 04

Kredit foto: Jon Coupland

Menurut laman sesawang data UK, How Many Left, hanya kurang daripada 80 unit kereta Proton Saga yang masih berdaftar di UK – turun dari kemuncaknya iaitu 53,400 unit pada 1995. Dua unit daripada 80 Saga yang masih bertahan itu dimiliki oleh seorang lelaki yang cukup terkenal dalam komuniti peminat Saga/Lancer Fiore tempatan.

The Proton “Guru”

Peminat di UK dedahkan sebab Proton Saga dan Iswara lama jadi popular di sana. Ada nilai? 05

Festival of the Unexceptional (FOTU) ialah satu acara tahunan dikerumuni oleh pengamal budaya kereta ‘rare’ dan istimewa walau biasa. Ia seperti kumpulan #WeirdCarTwitter secara fizikal dan acaranya memang menyeronokkan. Ini bukannya seperti ‘auto show’ dipenuhi supercar yang biasa kita temui, sebaliknya ia mengumpulkan pemilik kereta lama biasa yang murah namun masih dijaga rapi dan teliti.

Peminat di UK dedahkan sebab Proton Saga dan Iswara lama jadi popular di sana. Ada nilai? 06

Proton Saga 1.5 GL Black Knight Edition 1989 milik Jon Coupland ialah salah satu daripadanya – kondisinya hebat, inilah igauan orang muda di era 1989. Kereta ini memenangi anugerah 2021 Concours de l’Ordinaire dalam acara berkenaan; mengalahkan kereta lain seperti Kia Pride, Peugeot 106, dan Volvo 340.

Juga baca: Proton Saga Black Knight 1989 menang pertandingan kereta klasik di Britain!

Jon, seorang detektif polis, memiliki bukan saja sebuah, malah dua buah Saga. Sebenarnya, dia memiliki empat buah kereta Proton; yang terbaru ialah Proton Saga Iswara 1.3 GE 1994 iaitu model ‘base spec’ dengan hanya satu cermin sisi iaitu di sebelah pemandu.

Peminat di UK dedahkan sebab Proton Saga dan Iswara lama jadi popular di sana. Ada nilai? 07

Garaj mini Proton milik Jon (Kredit foto: Jon Coupland)

Selain daripada Black Knight Edition dan 1.3 GE, dia juga memiliki dua buah lagi kereta Proton lain iaitu Saga 1.5 SE LE 1990 dan Iswara 1.3 GLS 1993. SE LE merupakan kereta Proton pertamanya, dan inilah yang membuatkannya jatuh cinta dengan kereta berlencana bulan dan bintang itu.

Jon amat menggemari kereta yang aneh dan jarang ditemui sehinggakan koleksinya berkembang kepada sekurang-kurangnya 15 buah kereta, antaranya masih disimpan rapi di dalam garaj rumahnya. Malah, dia pernah memiliki sebuah Perodua Kelisa, namun dia terpaksa menjualnya bagi memberi ruang untuk koleksinya yang lain.

Juga baca: Perodua Kelisa selepas 20 tahun, bukti barang kecil juga boleh memberi kebahagiaan!

Peminat di UK dedahkan sebab Proton Saga dan Iswara lama jadi popular di sana. Ada nilai? 08

Proton pertama Jon, 1.5 SE LE – cinta pertamanya dalam koleksi kereta Proton (Kredit foto: Jon Coupland)

Dia memberitahu WapCar yang cintanya terhadap Proton datang tanpa diduga apabila dia terjumpa sebuah kereta Proton untuk dijual pada tahun 2017. Sebelum insiden itu, dia tidak pernah mendengar nama jenama kereta ini dan setelah sampai di rumah, barulah dia sedar betapa hebat dan istimewanya Proton ketika itu.

Peminat di UK dedahkan sebab Proton Saga dan Iswara lama jadi popular di sana. Ada nilai? 09

Dari yang aneh sehinggalah ke Rotunda yang diidamkan ramai (Kredit: Jon Coupland)

“Sejak itu, saya jatuh cinta dengannya (Proton), gayanya, dan segala-galanya tentang jenama kereta ini. Saya rasa senang yang di UK, ia amat jarang ditemui dan kini hampir pupus,” kata Jon kepada WapCar. “Bagi saya, keterujaan datang dari pencariannya dan memulihkannya seperti dari zaman kegemilangannya.”

Juga baca: Proton Saga Black Knight ini ditayang megah di pentas kota London, milik ‘collector’ tegar di UK!

Peminat di UK dedahkan sebab Proton Saga dan Iswara lama jadi popular di sana. Ada nilai? 10

1.3 GLS milik Jon – walaupun kondisinya kurang memuaskan namun dia masih sayangkannya (Kredit foto: Jon Coupland)

Bagi ramai pengikut Weird Car Twitter, Jon menjadi rujukan utama bagi sesiapa yang mahukan kereta Proton. Sejak Black Knight miliknya memenangi hadiah utama FOTU, kesedaran terhadap model-model lama Proton baru saja berkembang.

Daya tarikan Proton berusia 30 tahun

Peminat di UK dedahkan sebab Proton Saga dan Iswara lama jadi popular di sana. Ada nilai? 11

Kredit foto: Jon Coupland

Cinta Jon terhadap Protonlah yang membuatkan Weird Car Twitter amat digemari ramai. Sifat komuniti ini cukup terbuka, tak kisahlah apa saja jenis kereta idaman anda atau kereta yang pernah anda miliki.

Peminat di UK dedahkan sebab Proton Saga dan Iswara lama jadi popular di sana. Ada nilai? 12

“Nama saya Bill, saya sebuah Proton” (Kredit foto: RuFFiaN Cars)

Ruffian ialah seorang penulis kereta British yang amat meminati jenama-jenama kereta yang jarang didengari, terutama sekali jenama dari Timur Jauh termasuklah kereta Korea dan Malaysia. Buat masa ini, dia memiliki sebuah Proton Saga Iswara 1.3 GL 1994 dengan nama timangan ‘Bill’.

Dia membeli ‘Bill the Proton’ dari seorang lagi ahli Weird Car Twitter, Chloe Anastasia Phillips, dan ia juga merupakan kereta pertamanya. Pastinya, Jon mempunyai peranan besar dalam membuat keputusan untuk membeli kereta ini. Katanya, Jon ialah “The Proton Guru”.

Peminat di UK dedahkan sebab Proton Saga dan Iswara lama jadi popular di sana. Ada nilai? 13

Saga ini dahulunya pernah dimiliki oleh Chris Pollitt sebelum ia dijual kepada orang lain

Lebih menarik, bukan orang-orang muda saja yang mula terpikat dengan keterujaan memiliki kereta Proton lama di UK. Beberapa peminat tegar kereta klasik yang terkenal sudah mula menghargai kereta-kereta Proton yang dianggap bukan sekadar kereta belasahan murah (cheap banger), atau kadangkala digelar “chod”.

Steph Holloway, pengacara saluran YouTube @idriveaclassic, pernah memaparkan sepasang Saga milik Jon di salah satu videonya. Sejak itu, dia juga terpikat dengan Proton dan akhirnya membeli sebuah Proton Iswara 1.5 GL 1993 “barn find” dengan ‘mileage’ rendah.

Juga baca: Indahnya susut harga, Proton Saga terpakai di pasaran Britain pernah turun serendah RM 700!

Peminat di UK dedahkan sebab Proton Saga dan Iswara lama jadi popular di sana. Ada nilai? 14

Steph dan rakan YouTuber kereta klasik, Ian Seabrook aka HubNut dan Matt Richardson aka furiousdriving di NEC Classic Car Show 2021

Sejak Steph membeli kereta Protonnya, dia telah menambah 10,000 batu (~16,000 km) pada mileagenya dan sepanjang pemilikannya, dia kagum dengan kondisi sempurna kereta berusia hampir 30 tahun itu. Malah, ketika ia mula-mula ditemui terbiar sedekad lamanya, kereta itu boleh dihidupkan dengan mudah, dan ia hanya perlukan bateri baru.

Ini barangkali boleh jadi bukti kukuh bagi membuktikan ketahanan kereta-kereta Proton lama ini.

Juga baca: Dah masuk versi ke-6, tetapi kenapa enjin CamPro Proton kuat makan minyak?

Seorang lagi peminat kereta klasik dari Britain yang baru sahaja memiliki kereta Proton ialah Gav dari PetrolBlog. Keretanya ialah model Proton Iswara 1.5 SE Aeroback 1993 yang didatangkan dengan satu lagi kelengkapan unik dan tiada di Malaysia selain daripada ‘sunroof’, iaitu ‘lightbar’ di hadapan!

‘Collector’s item’?

Peminat di UK dedahkan sebab Proton Saga dan Iswara lama jadi popular di sana. Ada nilai? 15

Kredit foto: Jon Coupland

Berbeza dengan kereta lama lain, pemilikan kereta Proton di UK tidak memakan kos tinggi dan memandangkan ia meminjam teknologi Jepun dari Mitsubishi, secara amnya ia cukup tahan lasak. Kebanyakan pemilik yang kami temubual untuk artikel ini menyatakan betapa lasak dan mudahnya memiliki kereta-kereta ini walaupun ia sudah berusia.

Steph juga berkata yang komuniti peminat Proton di UK cukup kuat dan mereka juga ada Facebook group! Jelasnya, golongan muda dilihat lebih menggemari Proton, namun golongan tua secara amnya mengenali Proton atas kebolehtahanannya.

Peminat di UK dedahkan sebab Proton Saga dan Iswara lama jadi popular di sana. Ada nilai? 16

Bolehkah Iswara ‘spec’ kosong ini menang anugerah 2022 Festival of the Unexceptional? (Kredit foto: Jon Coupland)

Bagi Coupland, perjuangannya untuk membuktikan kehebatan Proton dikalangan peminat-peminat kereta di Britain masih belum berakhir. Dia akan menyertai FOTU 2022 nanti dengan kereta Proton barunya. Kami berharap kali ini Coupland akan memenangi anugerah keduanya dengan kereta Proton di Concours de l’Ordinaire nanti.

Proton Saga dan Iswara lama merata-rata di Malaysia, dan ia juga masih mudah ditemui di jalan raya UK walaupun ia kini semakin pupus. Apa-apa pun, kereta Proton terpakai masih dijual dengan harga yang agak murah dan dijangka tidak akan naik nilainya di pasaran.

Juga baca: Perodua Kancil vs Proton Saga: Yang manakah kereta rakyat yang sejati?

Peminat di UK dedahkan sebab Proton Saga dan Iswara lama jadi popular di sana. Ada nilai? 17

Kredit foto: Jon Coupland

Bagaimanapun, dari segi nilai sentimental, ia sudah sampai ke kemuncaknya. Proton mungkin mampu membuatkan sesetengah warga Malaysia rasa bangga, dan ada juga yang menganggapnya kisah hampa. Namun, bagi pengikut Weird Car Twitter, pengeluar kereta dari Malaysia ini adalah ibarat telaga emas bagi nostalgia dan kehebatan dalam kesederhanaan.

Juga baca: Evolusi gril depan Proton Saga, model lagenda Malaysia dari tahun 1985 sehingga kini!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda