window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Peminat skuter klasik, Royal Alloy GP125, GP180 kini di Malaysia. Harga RM 12,497 dan RM 15,525!

Khairil ยท Mar 10, 2021 03:00 PM

Peminat skuter klasik, Royal Alloy GP125, GP180 kini di Malaysia. Harga RM 12,497 dan RM 15,525! 01

Jenama Royal Alloy mungkin masih asing buat peminat motosikal tempatan. Tetapi kepada yang meminati motosikal skuter bergaya klasik atau retro, kehadirannya di pasaran Malaysia adalah sesuatu yang amat mengujakan.

Tampil dengan reka bentuk yang cukup mirip skuter terkemuka Lambretta, Royal Alloy Malaysia akhirnya membawa masuk dua model iaitu Royal Alloy GP125 dan GP180 2021.

Peminat skuter klasik, Royal Alloy GP125, GP180 kini di Malaysia. Harga RM 12,497 dan RM 15,525! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dengan moto skuter retro untuk tunggangan moden, motosikal ini hadir pada tanda harga RM 12,497 bagi GP125 dan RM 15,525 bagi GP180. Harga berkenaan begitupun belum termasuk insuran.

Harga berkenaan mungkin tampak tinggi namun menurut Royal Alloy Malaysia, ia berpadanan dengan kualiti premium yang ditampilkan jenama berkenaan.

 

Peminat skuter klasik, Royal Alloy GP125, GP180 kini di Malaysia. Harga RM 12,497 dan RM 15,525! 01

Mengulas spesifikasi GP125, ia dikuasakan enjin 125 cc, Silinder Tunggal, 4 Lejang, Penyejuk Udara, Sistem Suntikan Bahan Api yang menghasilkan 9.65 Hp pada 7,500 rpm dan 9.2 Nm tork pada 7,000 rpm. Ia dipacu belt drive dan menggunakan transmisi CVT.

Sistem brek pula adalah cakera tunggal hidraulik di bahagian depan dan belakang selain turut memiliki sistem brek combi (CBS). Sistem suspensi pula penggunakan fork dan monoshock boleh laras.

Peminat skuter klasik, Royal Alloy GP125, GP180 kini di Malaysia. Harga RM 12,497 dan RM 15,525! 02

Padanan roda pula adalah bersaiz 110 / 70 di bahagian depan dan 120 / 70 di bahagian belakang bersama rim 12 inci. Tangki minyaknya berkapasiti 10.5 liter yang didakwa boleh mencapai jarak 280 km untuk isian penuh.

Peminat skuter klasik, Royal Alloy GP125, GP180 kini di Malaysia. Harga RM 12,497 dan RM 15,525! 03

Seperti namanya, GP180 pula menggunakan enjin bersesaran lebih besar iaitu 169 cc, Silinder Tunggal, 4 Lejang, Penyejuk Udara, Sistem Suntikan Bahan Api. Kuasa yang dihasilkan ialah 10 Hp pada 7,250 rpm manakala tork 10.6 Nm pada 5,250 rpm.

Tidak seperti GP125, sistem brek GP180 dilengkapi ABS sebagai standard. Begitupun, spesifikasi kedua-dua model ini tidak banyak berbeza dengan penggunaan lampu jenis LED di bahagian depan dan belakang dengan panel meter digital selain pengecas USB.

Peminat skuter klasik, Royal Alloy GP125, GP180 kini di Malaysia. Harga RM 12,497 dan RM 15,525! 04

GP125

Bagi pilihan warna, GP125 ditawarkan dalam tiga pilihan iaitu Ocean Blue, Flame Red dan Ivory White manakala GP180 hadir dengan pilihan Sherwood Green Matte, Mint Green dan Matt Bronze.

Peminat skuter klasik, Royal Alloy GP125, GP180 kini di Malaysia. Harga RM 12,497 dan RM 15,525! 05

GP180

Selain GP125 dan GP180, Royal Alloy dijangka akan membawa masuk beberapa lagi model pada tahun ini antaranya TG200 dan TG250. Untuk maklumat lanjut, lawati laman web mereka royalalloymalaysia.com.

 

 

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda