window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Penampilan pertama Kia Carnival 7-penumpang CKD Malaysia di WapCar Auto Show, hujung minggu ini!

Haris · Jun 30, 2022 11:59 AM

Penampilan pertama Kia Carnival 7-penumpang CKD Malaysia di WapCar Auto Show, hujung minggu ini! 01

Model CBU dipertontonkan

Dalam satu peristiwa yang mengejutkan, Dinamikjaya Motors baru sahaja mengesahkan bahawa Kia Carnival 2022 baharu - varian tiga baris penumpang dengan pemasangan tempatan (CKD) akan membuat penampilan pertama di Malaysia pada WapCar Auto Show, hujung minggu ini di Pavilion Bukit Jalil.

Sebagai rujukan, Kia Carnival 2022 yang ditawarkan sebelum ini hanya  diimport (CBU) dari Korea, hanya tersedia dalam susunan empat baris penumpang, 11 tempat duduk.

Ia dikuasakan oleh enjin 2.2 liter turbodiesel yang menghasilkan 202 PS dan 441 Nm, dipasangkan dengan transmisi automatik 8-kelajuan . Walaubagaimanapun, kesemua peruntukan untuk unit CBU model itu sudah habis dijual.

Penampilan pertama Kia Carnival 7-penumpang CKD Malaysia di WapCar Auto Show, hujung minggu ini! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kia Carnival CBU kali terakhir dijual pada harga RM 196,340.

Berdasarkan spekulasi, model Kia Carnival 2022 tiga baris penumpang CKD akan tersedia sama ada dalam 7- atau 8-tempat duduk.

Ia akan menjadi model Kia CKD pertama yang dijual oleh Dinamikjaya Motors, pengedar baharu jenama Kia di Malaysia, setelah mengambil alih daripada Naza pada tahun 2021.

Penampilan pertama Kia Carnival 7-penumpang CKD Malaysia di WapCar Auto Show, hujung minggu ini! 01

Model CKD mungkin ditawarkan dengan kluster instrumen meter digital

Model itu akan dihasilkan oleh Kia Malaysia dengan usaha sama antara syarikat induk Dinamikjaya Motors iaitu Bermaz Auto dan Kia Motors Corporation Korea, di kilang Inokom di Kulim, yang juga sebahagiannya dimiliki oleh Bermaz.

Selain daripada Kia Carnival Kia CKD, Kia EV6 elektrik juga akan membuat debut awam tempatan yang pertama pada acara itu.

Penampilan pertama Kia Carnival 7-penumpang CKD Malaysia di WapCar Auto Show, hujung minggu ini! 02

Panel instrumen analog pada model CBU 

Walaupun berharga dari RM 301kKia EV6 menerima permintaan yang sangat tinggi di seluruh dunia. Malah, model ini adalah model yang sangat jarang ditemui di bilik pameran kerana setiap unit yang tersedia dari penghantaran pertama telah pun ditempah.

Justeru itu, ini mungkin peluang anda untuk melihat dengan lebih dekat, penanda aras terbaharu untuk kenderaan mewah.

Baca: Penampilan pertama awam Kia EV6 di WapCar Auto Show, hujung minggu ini!

Pameran WapCar Auto Show akan berlangsung di Pavilion Bukit Jalil, dari Jumaat hingga Ahad, jam 10 pagi hingga 10 malam.

Penampilan pertama Kia Carnival 7-penumpang CKD Malaysia di WapCar Auto Show, hujung minggu ini! 03

Selain daripada Kia, jenama lain yang akan turut serta adalah Mazda, Peugeot, Honda, Toyota, dan Mercedes-Benz.

Promosi untuk aksesori kereta termasuk kamera dashcam DDPai, produk kebersihan kereta Trapo, perlindungan cat IGL Coatings, produk basuh kereta Karcher, upholsteri kenderaan DK Schweizer dan sistem audio Harman's Infinity akan tersedia untuk pengunjung.

Acara ini akan berlangsung di kawasan Piazza Pavilion Bukit Jalil. Pengunjung digalakkan untuk mendaftar dalam talian untuk menebus hadiah percuma sebelum kemasukan.

Tempat letak kereta berbumbung yang paling hampir dengan kawasan pameran ialah Car Park Entrance C, sejurus sebelum jalan susur untuk keluar dari jalan utama ke Pavilion Bukit Jalil.

Daftar di pautan ini.

Baca juga: Hap Seng Star akan tayang EQA dan 2 lagi model Mercedes-Benz di WapCar Auto Show 2022!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Kia Carnival 2.2D 11-Seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda