window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Penangan Toyota Land Cruiser 300 baru, 4 tahun tempoh menunggu sampai tempahan tergendala!

Haris Β· Jul 28, 2021 02:00 PM

Penangan Toyota Land Cruiser 300 baru, 4 tahun tempoh menunggu sampai tempahan tergendala! 01

Kurang 2 bulan dari debut global, Toyota Land Cruiser 300 telah menerima angka tempahan yang sangat menggalakkan. Portal Web CarTop melaporkan bahawa unit tempahan rasmi adalah sekitar 18,000 namun ia dijangka sudah mencecah 20,000 unit ketika ini.

Penangan Toyota Land Cruiser 300 baru, 4 tahun tempoh menunggu sampai tempahan tergendala! 02

Penangan Toyota Land Cruiser ini semakin jelas apabila tempahan terpaksa dihentikan buat sementara waktu dan akan dibuka semula pada 1-Ogos. Hal ini kerana kapasiti pengeluaran yang dilaporkan hanyalah sekadar 5,000 unit setahun justeru sedikit penyesuaian sedang dilakukan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dengan tempahan yang mencecah 20,000 unit dalam masa 2 bulan, tidak hairanlah jika tempoh menunggu boleh mencecah sehingga 4 tahun!

Penangan Toyota Land Cruiser 300 baru, 4 tahun tempoh menunggu sampai tempahan tergendala! 01

Sebelum ini, portal Creative311 ada melaporkan bahawa pembeli Toyota Land Cruiser 300 di Jepun perlu menandatangani perjanjian yang menghalang SUV ini dijual atau dieksport ke luar negara dalam masa setahun selepas pembelian.

Penangan Toyota Land Cruiser 300 baru, 4 tahun tempoh menunggu sampai tempahan tergendala! 02

Toyota didakwa sekadar mahu mencegah pemilik dari mendapatkan keuntungan dengan cara menjual SUV ini dengan harga yang lebih tinggi, berikutan tempoh menunggunya yang panjang.

Namun, terdapat perenggan perjanjian yang menyebut "Terdapat risiko melanggar undang-undang pertukaran asing bergantung pada destinasi eksport, serta  mampu menyebabkan masalah besar yang mengancam keselamatan global." yang merujuk kepada penggunaan SUV ini oleh pengganas.

Sampai begitu sekali penangan Toyota Land Cruiser 300.

Penangan Toyota Land Cruiser 300 baru, 4 tahun tempoh menunggu sampai tempahan tergendala! 03

Sebagai rujukan, Land Cruiser 300 dikuasakan oleh enjin V6 standard, pilihan pertama 3.5 liter turbo berkembar petrol (415 PS / 650 Nm) dan kedua, 3.3 liter turbo berkembar diesel (339 PS / 700 Nm). Kedua-duanya menggunakan transmisi automatik 10-kelajuan.

Toyota turut menawarkan enjin V6 yang berkapasiti lebih kecil dengan pilihan transmisi automatik 6-kelajuan di sesetengah pasaran.

Penangan Toyota Land Cruiser 300 baru, 4 tahun tempoh menunggu sampai tempahan tergendala! 04

Model Land Cruiser 300 Series ini dipasangkan dengan kerangka yang lebih ringan dan lebih tegap, memberikan penurunan berat sehingga 200 kg. Malah, model generasi baharu ini juga ditawarkan dengan pusat graviti yang lebih rendah, pengedaran berat badan yang lebih baik, dan struktur suspensi yang lebih baik.

Ia dilengkapi dengan sistem Multi-Terrain Monitor yang mempamerkan sebarang halangan yang tidak dapat dilihat dari sudut pandangan pemandu, fungsi pemilihan mod pemanduan automatik Multi-Terrain Select, dan pakej keselamatan aktif Toyota Safety Sense (TSS) terbaru sebagai fungsi tambahan.

Bacaan Lanjut

Takut pengganas, pemilik Toyota Land Cruiser 2022 hanya boleh jual lepas setahun?

Toyota Land Cruiser 300 Series didebut – ‘Super King’ tukar enjin V8 ke V6, ada sentuhan Dakar Rally

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda