window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Penangan trend SUV, Volkswagen Passat B8 mungkin tidak akan ditawarkan di Malaysia selepas ini

Zamil Syaheer · Jan 29, 2022 08:00 PM

Penangan trend SUV, Volkswagen Passat B8 mungkin tidak akan ditawarkan di Malaysia selepas ini 01

Nampaknya penawaran sedan segmen D bakal mengecil di Malaysia. Hakikatnya, jualan global Volkswagen Passat semakin berkurangan, dan penjualannya sudahpun dihentikan di pasaran Eropah, Amerika Utara, dan terbaru, Australia.

Walau bagaimanapun, versi wagon dan Alltrack, yang menyumbang sebahagian besar jualan, akan diteruskan.

Penangan trend SUV, Volkswagen Passat B8 mungkin tidak akan ditawarkan di Malaysia selepas ini 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pengurus besar Volkswagen Group Australia baru-baru ini memberitahu GoAuto, "Permintaan untuk kereta empat pintu tradisional yang semakin berkurangan, di dalam dan di seluruh dunia,"

Oleh itu, pembeli yang mahukan sedan dengan siluet rendah boleh membeli Volkswagen Arteon yang sebenarnya memang sebuah Passat B8, cuma ianya disaluti dengan gaya badan fastback.

Juga baca: Volkswagen Arteon 2021 - sedan terbaik jika ingin 'upgrade' daripada SUV, Camry atau Accord!

Penangan trend SUV, Volkswagen Passat B8 mungkin tidak akan ditawarkan di Malaysia selepas ini 01

Dalam nada yang berbeza, nama Passat akan kekal, tetapi dengan model sedan itu kini dihentikan di Australia, bermakna Malaysia akan menjadi salah satu daripada baki pasaran pemanduan kanan terakhir yang menawarkan model itu

Di tempat lain, China akan kekal sebagai satu-satunya pasaran utama yang mengeluarkan dan menawarkan Passat sebagai sedan, di mana ia terus menentang trend SUV global.

Di China, "Passat" sebenarnya ditawarkan dalam dua samaran berasingan.

Penangan trend SUV, Volkswagen Passat B8 mungkin tidak akan ditawarkan di Malaysia selepas ini 02

Model Passat AS / China (di atas) vs Magotan (di bawah)

Yang pertama ialah Passat yang mempunyai papan nama tetapi serupa dengan model pasaran AS, dan yang kedua, dipanggil Magotan - pada asasnya aadlah versi jarak roda panjang Passat 'Eropah' yang dijual di Malaysia.

Perbezaan utama versi AS / China adalah model generasi baharu tersebut dibina atas Passat generasi B7 sebelumnya, manakala Passat Eropah dibina pada platform MQB yang lebih baharu.

Juga baca: Top 5 kereta yang paling jimat minyak pernah kami uji – VW Passat jimat macam Axia?!

Penangan trend SUV, Volkswagen Passat B8 mungkin tidak akan ditawarkan di Malaysia selepas ini 03

Memandangkan saiz pasaran dan minat untuk sedan masih lagi kukuh di China, Passat dan Magotan akan kekal sebagai tunjang utama rangkaian mereka.

Namun, kerana pasaran Malaysia menjual Passat versi Eropah (dan tiada versi lain) - kita boleh melihat perginya nama Passat dengan model B8 ini.

Juga baca: VW Passat R-Line di Malaysia kini dengan 220 PS/350 Nm & sistem bunyi Harman Kardon 700W!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Volkswagen Passat 2.0 TSI R-Line

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda