window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Penangan viral, Jalan Temiang - Pantai bakal mempunyai tempat letak kenderaan untuk sesi bergambar?

Haris ยท Jan 27, 2022 02:00 PM

Penangan viral, Jalan Temiang - Pantai bakal mempunyai tempat letak kenderaan untuk sesi bergambar? 01

Foto media sosial

Populariti jalan Temiang - Pantai di Negeri Sembilan yang tular menjadi tumpuan orang ramai untuk bergambar telah memaksa Kerajaan Negeri Sembilan untuk memohon membina tempat meletakkan kenderaan kepada kerajaan Persekutuan.

Tempat letak kereta tersebut dibina untuk keselamatan pengunjung selepas ramai yang mengambil tindakan memberhentikan kenderaan termasuk di lorong kecemasan sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Penangan viral, Jalan Temiang - Pantai bakal mempunyai tempat letak kenderaan untuk sesi bergambar? 02

Foto media sosial

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, permohonan akan dibuat kerajaan negeri kerana jalan tersebut merupakan Jalan Persekutuan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Saya tidak sangka lokasi tersebut menjadi tumpuan orang ramai dan pengunjung dalam dan luar negeri melihat gunung-ganang yang juga tempat menarik. Oleh itu, pihak kerajaan negeri akan memohon kerajaan Persekutuan untuk membina tempat letak kereta yang bersesuaian dengan keselamatan jalan raya. 

Penangan viral, Jalan Temiang - Pantai bakal mempunyai tempat letak kenderaan untuk sesi bergambar? 01

Foto media sosial

“Saya turut ucapkan terima kasih kepada orang ramai yang melalui jalan tersebut yang memahami dan memandu perlahan. Saya difahamkan ada yang berbasikal dan berjogging di kawasan tersebut yang sudah menjadi lokasi tumpuan saban minggu,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini. 

Projek Jalan Temiang – Pantai itu bernilai lebih RM181 juta telah dilaksanakan oleh pihak Lapangan Kota Sdn. Bhd. dan telah disiapkan pada 23 Julai tahun lalu.

Penangan viral, Jalan Temiang - Pantai bakal mempunyai tempat letak kenderaan untuk sesi bergambar? 02

Foto media sosial

Sementara itu, Aminuddin berharap orang ramai yang melalui kawasan berkenaan agar dapat memperlahankan kenderaan dan memberi kerjasama kepada pengguna yang berada di situ. 

“Saya berharap pengguna jalan raya dapat memberi kerjasama ketika melalui jalan raya berkenaan susulan ramai yang memberhentikan kenderaan di lokasi tersebut,” katanya. - Utusan Online

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda