window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Penantian berakhir, Honda RS-X 2021 dilancar, harga asas RM 8,688!

Khairil · Nov 1, 2021 10:00 PM

Penantian berakhir, Honda RS-X 2021 dilancar, harga asas RM 8,688! 01

Selepas penantian selama bertahun-tahun, Boon Siew Honda (BSH) akhirnya melancarkan model 'Super moped' yang paling ditunggu-tunggu peminat jenama itu, Honda RS-X dengan harga pengenalan cukup menarik RM 8,688 (asas).

Pelancaran model generasi ketiga Honda RS itu dilakukan secara maya menerusi laman Facebook rasmi Honda Motor Malaysia, malam tadi.

Juga baca: 'Goyang' dengan Exciter 155 VVA! Honda Winner X bakal lebih berkuasa, canggih?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Penantian berakhir, Honda RS-X 2021 dilancar, harga asas RM 8,688! 01

Seperti Honda Winner X yang dijual di pasaran Vietnam, kekuatan Honda RS-X jelas menerusi rekaan yang cukup menarik dan tidak salah untuk menyatakan, ia adalah antara paling 'hensem' di pasaran ketika ini.

Juga baca: Yamaha Exciter 155 VVA vs Honda Winner X. Susahnya nak buat pilihan!

Untuk pasaran Malaysia, hanya satu varian ditawarkan iaitu teratas dengan pilihan warna yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Candy Caribbean Blue Sea
  • Trico Edition
  • Lemon Ice Yellow

Penantian berakhir, Honda RS-X 2021 dilancar, harga asas RM 8,688! 02

Sebagai info, Honda RS-X atau Honda Winner X pertama kali diperkenalkan pada Julai 2019 di pasaran Vietnam dan kekal ekslusif di pasaran berkenaan selama bertahun-tahun.

Penantian berakhir, Honda RS-X 2021 dilancar, harga asas RM 8,688! 03

Seperti Honda Winner X di Vietnam, tiada perubahan sudut trenkuasa berbanding Honda RS150 V2 dengan Honda RS-X tampil dengan enjin bersesaran 149.1 cc, 4 Lejang, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, DOHC dengan Suntikan Bahan Api PGM-FI.

Juga baca: Honda CBR150R 2021 mendarat di Malaysia, harga asas RM 12,499!

Penantian berakhir, Honda RS-X 2021 dilancar, harga asas RM 8,688! 04

Digandingkan dengan transmini klac manual 6 kelajuan, kuasa yang dihamburkan model kapcai hebat ini adalah setinggi 15.4 Hp pada 9,000 rpm dan tork 13.5 Nm pada 6,500 rpm.

Sebagai model terbaharu dalam keluarga Honda RS, antara naik taraf paling menarik perhatian selain reka bentuknya adalah ia dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) satu saluran.

Penantian berakhir, Honda RS-X 2021 dilancar, harga asas RM 8,688! 05

Selain itu, Honda RS-X juga tampil dengan rekaan muffler ekzos baharu, panel meter digital penuh berwarna dan suis pembuka pelana yang jelas memudahkan.

Juga baca: Honda ADV 150 kini di Malaysia, harga RM11,999

Kehadiran Honda RS-X menambah kehangatan persaingan dalam segmen 'Super moped' di Malaysia yang kian padat.

Penantian berakhir, Honda RS-X 2021 dilancar, harga asas RM 8,688! 06

Penantian berakhir, Honda RS-X 2021 dilancar, harga asas RM 8,688! 07

Dengan harga pengenalan yang cukup menarik perhatian atau boleh dikatakan 'mengejutkan', ia dijangkakan bakal menjadi bukan saja kapcai paling 'kacak' di pasaran ketika ini, malah paling berbaloi. Anda sendiri tentukan.

Penantian berakhir, Honda RS-X 2021 dilancar, harga asas RM 8,688! 08

Kepada yang berminat, Honda RS-X sudah pun boleh ditempah sejak September lalu dan dijadual tiba di cawangan pengedar sah BSH dalam masa terdekat.


 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda