window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pencabar Honda ADV 150, WMoto Xtreme 150i 2021 dilancar Ahad ini?

Khairil ยท Jul 9, 2021 06:00 PM

Pencabar Honda ADV 150, WMoto Xtreme 150i 2021 dilancar Ahad ini? 01

Bukan lagi rahsia jenama motosikal tempatan, WMoto Malaysia akan melancarkan sebuah model baharu dalam segmen skuter ADV dikenali WMoto Xtreme 150i pada tahun ini.

Juga baca: Pencabar skuter 'Adventure' dah tiba, WMoto XTreme 150i, fork USD, ABS!

Model berkenaan sudah pun dipertontonkan kepada media pada April lalu dan imejnya sudah pun menjadi tatapan umum.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pencabar Honda ADV 150, WMoto Xtreme 150i 2021 dilancar Ahad ini? 01

Tampil dengan reka bentuk cukup menarik, WMoto Xtreme 150i dijangka bakal memberikan saingan sengit dalam segmen 'Adventure' atau ADV di Malaysia yang ketika ini dikuasai Honda ADV 150.

Menerusi hantaran terbaharu pengedarnya, MForce Bike Holdings (MForce) di laman Facebook rasmi syarikat itu, timbul perkembangan menarik yang berkemungkinan besar terarah kepada model yang dinyatakan.

Juga baca: WMoto lancar skuter maxi RT3, lebih berkuasa & padu, harga RM 15,188

Berdasarkan hantaran menerusi video teaser itu, WMoto akan melancarkan sebuah model terbaharu pada tarikh 11 Julai 2021 (Ahad ini) pada jam 8.30 malam.

Pencabar Honda ADV 150, WMoto Xtreme 150i 2021 dilancar Ahad ini? 02

Bersama tanda pagar #Rideyourownstyle, video berkenaan turut memperlihatkan sebuah motosikal sedang mengharungi jalan tidak berturap di sebuah ladang kelapa sawit.

Selain reka bentuk yang menarik, WMoto Xtreme 150i turut dilengkapi dengan ciri-ciri ADV yang dikatakan mampu meredah laluan lasak ringan.

Pencabar Honda ADV 150, WMoto Xtreme 150i 2021 dilancar Ahad ini? 03

Sebagai info, WMoto Xtreme 150i dikuasakan enjin bersesaran 149.3 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 2 Injap, SOHC, Suntikan Bahan Api EFi, Euro 4 yang dipadankan dengan transmisi automatik CVT.

Kuasa yang dijana motosikal itu ialah 12.1 Hp pada 8,500 rpm dengan tork 11.8 Nm pada 5,000 rpm.

Pencabar Honda ADV 150, WMoto Xtreme 150i 2021 dilancar Ahad ini? 04

Antara ciri-ciri menarik WMoto Xtreme 150i adalah menerusi penggunaan fork jenis terbalik (USD) dan monoshock boleh laras di bahagian belakang manakala sistem brek turut dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran di roda depan.

Juga baca: WMoto lancar skuter ES125, dua varian, harga bermula RM4,588

Pencabar Honda ADV 150, WMoto Xtreme 150i 2021 dilancar Ahad ini? 05

Ketika majlis pengenalan atau pra-tonton, pihak MForce turut mendedahkan sesuatu yang menarik iaitu harga pengenalannya adalah sekitar RM 10,000. Anda tidak sabar? Ya, kami juga sama. 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda