window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pencabar 'setaraf' Yamaha Y16ZR, Honda Winner X V2 sudah siap, pelancaran 15 Disember?

Khairil ยท Nov 9, 2021 05:00 PM

Pencabar 'setaraf' Yamaha Y16ZR, Honda Winner X V2 sudah siap, pelancaran 15 Disember? 01

Kehadiran Honda RS-X 2021 di pasaran Malaysia, minggu lalu memang sesuatu yang mengujakan namun ada perkhabaran lebih menggembirakan buat peminat motosikal jenama itu di Vietnam, ketika ini.

Menurut informasi yang diperoleh daripada laman web negara jiran, Iwanbanaran.com, generasi terbaharu Honda RS-X atau Honda Winner X di pasaran Vietnam sudah pun bersedia untuk dilancarkan pada bulan hadapan.

Juga baca: Penantian berakhir, Honda RS-X 2021 dilancar, harga asas RM 8,688!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pencabar 'setaraf' Yamaha Y16ZR, Honda Winner X V2 sudah siap, pelancaran 15 Disember? 01

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, majlis pelancaran motosikal berkenaan dijangka dibuat oleh Honda Motor Vietnam pada 15 Disember depan.

Sebagai model generasi baharu, dikatakan pelbagai perubahan dan naik taraf diberikan kepada Honda Winner X V2 ini tidak kira dari sudut reka bentuk mahupun spesifikasi teknikal.

Juga baca: 'Goyang' dengan Exciter 155 VVA! Honda Winner X bakal lebih berkuasa, canggih?

Pencabar 'setaraf' Yamaha Y16ZR, Honda Winner X V2 sudah siap, pelancaran 15 Disember? 02

Dari sudut rekaan, ia dikatakan hasil daripada gabungan Honda Winner dan Winner X yang menjadikannya lebih kompak, ramping namun tetap mengekalkan reka bentuk agresif.

Dan untuk mencabar kehebatan Yamaha Exciter 155 VVA atau Yamaha Y16R 2021 di Malaysia, trenkuasanya dikatakan akan dipertingkatkan menerusi penggunaan enjin bersesaran lebih berkuasa iaitu 160 cc.

Ia bukan sesuatu yang pelik atau terlalu sukar untuk dilakukan oleh Honda kerana mereka sememangnya mempunyai enjin bersesaran 160 cc seperti yang sudah digunakan oleh Honda PCX 160.

Juga baca: Yamaha Exciter 155 VVA vs Honda Winner X. Susahnya nak buat pilihan!

Pencabar 'setaraf' Yamaha Y16ZR, Honda Winner X V2 sudah siap, pelancaran 15 Disember? 03

Selain itu dari sudut teknologi, ia juga dikatakan akan memperoleh klac Assist & Slipper seperti CBR150R 2021, sistem Smart Key, panel meter baharu, sistem lampu baharu termasuk sistem rantai yang tampil lebih senyap.

Apapun, perkhabaran mengenai generasi baharu Honda Winner X di Vietnam bukan sesuatu yang baharu malah kami sudah beberapa melaporkan berita yang sama sebelum ini.

Pencabar 'setaraf' Yamaha Y16ZR, Honda Winner X V2 sudah siap, pelancaran 15 Disember? 04

Sebagai info, Honda Winner X dilancarkan buat pertama kali pada Julai 2019 dan selepas bertahun-tahun menunggu, ia akhirnya memasuki pasaran Malaysia minggu lalu.

Pencabar 'setaraf' Yamaha Y16ZR, Honda Winner X V2 sudah siap, pelancaran 15 Disember? 05

Apapun, faktanya ketika ini adalah selain Vietnam dan Malaysia, beberapa kuasa besar pasaran motosikal dunia iaitu Thailand, Indonesia mahupun Filipina masih belum memperoleh Honda Winner X atau RS-X. 

Juga baca: Honda Winner X Limited Edition 2021 dilancar di Vietnam. Tanpa ABS!

Pencabar 'setaraf' Yamaha Y16ZR, Honda Winner X V2 sudah siap, pelancaran 15 Disember? 06

Dan lebih mengecewakan, tiada sebarang imej mengenai model berkenaan berjaya diperoleh atau terdedah. Justeru, ia masih lagi berada dalam kategori 'khabar angin' dan kepada pencinta kapcai di Malaysia, kita layan dulu Honda RS-X. 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda