window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pendaftaran minat 2022 Ford Ranger Raptor generasi baharu dibuka, tempat adalah terhad!

Haris Β· Sep 28, 2022 06:00 PM

Pendaftaran minat 2022 Ford Ranger Raptor generasi baharu dibuka, tempat adalah terhad! 01

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, hari ini mengumumkan bahawa penantian hampir berakhir untuk Ford Ranger Raptor generasi baharu.

Trak pikap prestasi yang dinanti-nantikan ini akan dilancarkan secara rasmi pada 7 Oktober 2022 di trek Baja di pinggir Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Dibangunkan dengan DNA Ford Performance, Ranger Raptor menetapkan penanda aras sebagai satu-satunya trak pikap prestasi off-road berkelajuan tinggi yang dibina khas untuk pasaran Asia Pasifik.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Model generasi baharu Ford Ranger Raptor sekali lagi meningkatkan prestasi - menggabungkan ketepatan mekanikal dan teknikal dengan teknologi pintar untuk menjinakkan hampir semua keadaan rupa bumi.

Pendaftaran minat 2022 Ford Ranger Raptor generasi baharu dibuka, tempat adalah terhad! 01

β€œDengan prestasi yang dipertingkatkan ketara, teknologi moden dan keupayaan terbaik dalam kelasnya, Ranger Raptor generasi seterusnya pastinya menjadi raja pikap. Lebih berani, lebih pantas dan lebih bergaya, ini adalah gaya hidup untuk pelanggan yang gemar bekerja dan bermain lebih keras. Sungguhpun itu, trak pikap ini selamat dan cukup selesa dengan ruang dalaman yang mewah dan lapang untuk keluarga,” ujar Turse Zuhair, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford.

Orang awam, pelanggan Ford dan peminat Ranger dialu-alukan untuk mendaftar melalui Laman web SDAC-Ford Malaysia untuk menerima jemputan eksklusif ke pelancaran awam pada 7-9 Oktober 2022, trek Baja di Sepang.

Mereka yang menerima jemputan ke acara awam ini akan menjadi antara yang pertama di Malaysia untuk menyaksikan kuasa Ranger Raptor generasi beraksi. Mereka juga akan berpeluang untuk mendekati secara peribadi melalui sesi walkaround serta mengalami keseronokan memandu uji di sekitar trek yang ditetapkan.

Ford juga baru-baru ini telah melancarkan model kenderaan generasi baharu - barisan Ford Ranger generasi baharu dan rangkaian Ford Everest generasi baharu – juga akan dipamerkan dan tersedia untuk pandu uji semasa acara.

Untuk maklumat lanjut tentang model generasi baharu oleh Ford, SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di saluran FacebookInstagramTwitter dan saluran YouTube atau lawati www.sdacford.com.my.

Baca juga:

2023 Ford Everest baharu dilancarkan - 2.0L Turbo, SUV 7-penumpang Amerika dari RM 263k!

Ford Ranger 2022 generasi baharu dilancar di Malaysia - 6 varian dari RM 108k, Wildtrak dari RM 168k

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda