window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Penduduk BSP hadap 'jammed' luar biasa hari Isnin, lorong Smart Tag mansuh tukar jadi RFID!

Haris ยท Jan 17, 2022 01:00 PM

Penduduk BSP hadap 'jammed' luar biasa hari Isnin, lorong Smart Tag mansuh tukar jadi RFID! 01

Foto kanan: Shafiq Rosli

Hari Isnin merupakan hari paling produktif kerana ia menandakan bahawa para pekerja memulakan kerja untuk minggu tersebut. Namun, apa pula perasaannya para pengguna jalan raya di Bandar Seri Putra yang mengalami kesesakan jalan raya hari ini akibat penutupan lorong Smart Tag yang menjadi rutin harian?

Menurut tinjauan Kosmo, Trafik di tol Bandar Seri Putra, Bangi dilaporkan sesak teruk didakwa berpunca daripada penggunaan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di tol berkenaan.

Penduduk BSP hadap 'jammed' luar biasa hari Isnin, lorong Smart Tag mansuh tukar jadi RFID! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Keadaan sesak itu dilaporkan berlaku seawal pukul 7 pagi ketika orang ramai sibuk hendak ke tempat kerja.

Difahamkan, keadaan sesak itu juga menyebabkan pengguna jalan raya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk melepasi tol berkenaan.

Malam semalam, laman Facebook Info Penduduk Bandar Seri Putra telah memaklumkan bahawa lorong tol Smart TAG di plaza tol Putra Mahkota telah ditukar kepada lorong RFID. Ini akan jadi masalah kepada pengguna Smart TAG yang selalu melalui plaza tol tersebut.

Penduduk BSP hadap 'jammed' luar biasa hari Isnin, lorong Smart Tag mansuh tukar jadi RFID! 01

Beberapa foto yang diambil oleh penduduk setempat juga jelas menunjukkan bahawa keadaan trafik yang semakin padat telah melimpah hingga ke persimpangan jalan dengan lampu isyarat. Hal ini telah menyebabkan kesan trafik yang berpanjangan sehingga ke kawasan bandar.

Penduduk BSP hadap 'jammed' luar biasa hari Isnin, lorong Smart Tag mansuh tukar jadi RFID! 02

Foto: Lanz Lanz

Sebelum ini, pihak PLUS telah mengumumkan bahawa akan beralih kepada sistem pembayaran transaksi tol RFID secara berperingkat bermula 15 Januari 2022. Walaupun pernah memberitahu bahawa RFID hanyalah pilihan tambahan kepada platform kad Touch 'n Go dan Smart TAG yang sedia ada, nampaknya beberapa plaza tol sudah memansuhkan Smart TAG untuk memberi laluan kepada RFID.

Baca: RFID seharusnya memudahkan hidup kita, jadi kenapa ramai yang 'benci' RFID?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda