window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Penduduk tampal jalan berlubang, guna RM 1 ribu duit poket sendiri

Mersita · Nov 2, 2020 12:30 PM

Penduduk tampal jalan berlubang, guna RM 1 ribu duit poket sendiri 01

Gambar dari Malay Mail

Jalan berlubang memang buat sakit hati. Bukan saja ia membahayakan keselamatan pengguna jalan raya, tapi kenderaan juga boleh rosak dengan mudah dan menyebabkan kerugian. Kami pernah laporkan kisah inisiatif kumpulan Ikatan Silaturrahim Brotherhood Shah Alam yang pernah ‘bakar line’ dengan memacak batu nisan di dalam lubang jalan yang besar di Klang setelah pihak bertanggungjawab mengambil masa terlalu lama untuk membaiki jalan tersebut.

Masalah sama dihadapi oleh penduduk di Bercham, Ipoh yang sekian lama menunggu pihak bertanggungjawab untuk menampal jalan raya berlubang di kawasan kediaman mereka. Tapi, kali ini mereka berbekalkan bahan tampalan sebenar dan mengambil inisiatif sendiri secara berkumpulan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Penduduk tampal jalan berlubang, guna RM 1 ribu duit poket sendiri 01

Menurut laporan Malay Mail, sekumpulan penduduk yang juga pengguna kerap jalan di Hala Bercham Timur 11 mengumpul wang berjumlah sekitar RM 1,000 bagi membeli kelengkapan seperti simen, pasir dan batu untuk menampal lubang-lubang jalan yang mengganggu perjalanan harian mereka.

Jalan tersebut merupakan antara jalan utama yang menghubungkan beberapa taman perumahan di sekitar kawasan itu.

Hasil usaha bersama penduduk yang terlibat, mereka berkumpul bermula dari tengah malam dan berjaya menampal lebih kurang 20 lubang dalam masa 4 jam. Beberapa lubang yang ditampal dikatakan sangat dalam dan boleh mendatangkan bahaya jika pemandu atau penunggang motosikal tidak berhati-hati.

Penduduk tampal jalan berlubang, guna RM 1 ribu duit poket sendiri 02

JKR terimapakai teknologi baru turapan. Sumber: projekmm.com

Laporan akhbar itu juga menyatakan yang Majlis Perbandaran Ipoh sedang dalam proses menampal jalan termasuklah yang ditampal oleh penduduk itu dan kerja-kerja menampal bermula dari 15 Oktober dan dijangka siap pada 23 November.

Diharapkan isu keselamatan jalan raya membabitkan keadaan jalan yang rosak teruk boleh diberi perhatian utama oleh pihak berkaitan. Orang awam yang mengambil inisiatif sendiri secara langsung boleh mendatangkan bahaya pada diri sendiri apabila melakukan kerja-kerja tampalan sendiri tanpa peralatan keselamatan yang mencukupi.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda