window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pengalaman Cik Tiva kami ke Johor – satu tangki penuh untuk pergi & balik cukup ke?

Faisal · Sep 18, 2021 04:00 PM

Pengalaman Cik Tiva kami ke Johor – satu tangki penuh untuk pergi & balik cukup ke? 01

Setelah 6 tahun tak datang, Danga Bay dah macam krik krik.

Seperti yang anda tahu, Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang berkuatkuasa sekarang ini masih tidak membenarkan kita untuk merentas negeri. Tetapi kalau ada urusan penting, pihak polis akan benarkan dengan syarat ada surat perlepasan yang sah.

Juga bacaSOP untuk rentas negeri akan dimuktamadkan tak lama lagi – KJ

Pengalaman Cik Tiva kami ke Johor – satu tangki penuh untuk pergi & balik cukup ke? 02

Akhir Ogos yang lalu, saya sendiri berhadapan dengan urusan yang mana saya perlu turun ke Johor. Cik Tiva kami pula tidak pernah diguna untuk perjalanan jauh. Jadi dah alang-alang, inilah peluang yang tepat untuk uji samada untuk perjalanan jauh, Perodua Ativa ini menjimatkan minyak ataupun tidak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaPengalaman pemilikan Perodua Ativa: 7 perkara yang kami suka tentang Cik Tiva!

Pengalaman Cik Tiva kami ke Johor – satu tangki penuh untuk pergi & balik cukup ke? 01

Sebelum ini, kami pernah melaporkan bahawa Perodua Ativa tidak menjimatkan minyak langsung. Malah, kami sendiri dah jenuh memikirkan apa sebabnya. Kapasiti enjin dah cukup kecil. Berat Ativa pun hanya 1,035 kg. Transmisi pula dah pakai jenis CVT. Jadi tanpa melengahkan masa, mari saya kupaskan.

Juga bacaSetelah dua bulan: 5 kekurangan Perodua Ativa yang perlu diperbaiki

Pengalaman Cik Tiva kami ke Johor – satu tangki penuh untuk pergi & balik cukup ke? 02

Perjalanan saya ke Johor bermula dari Shell Nilai tetapi sebelum itu, saya periksa dahulu tekanan angin tayar supaya ia seperti yang disyorkan oleh Perodua sendiri, iaitu pada 240 kPa. Pada masa yang sama, saya juga penuhkan tangki minyak Cik Tiva yang berkapasiti 36 liter supaya senang nak kira.

Pengalaman Cik Tiva kami ke Johor – satu tangki penuh untuk pergi & balik cukup ke? 03

Sebaik sahaja selesai, saya terus periksa ‘range’ yang tertera pada kluster instrumen dan ia hanya menunjukkan bacaan setakat 362 km. Sebagai perbandingan, kapasiti tangki yang sama pada Perodua Myvi adik saya yang jenis tekan selagi tak rasa laju pun boleh beri bacaan 545 km setiap kali diisi penuh. Tetapi tak mengapa. Kita tengok dulu setakat mana Ativa boleh pergi.

Pengalaman Cik Tiva kami ke Johor – satu tangki penuh untuk pergi & balik cukup ke? 04

Demi ujian penggunaan minyak yang realistik, saya kekalkan kelajuan di Lebuhraya PLUS pada had laju 110 km/j. Cumanya, penyaman udara ditetapkan pada kelajuan kipas 1 bar dan kesejukan yang penuh sebab saya suka begitu. 287 km seterusnya, tibalah saya ke Johor Bahru dengan satu pemberhentian di RnR Ayer Keroh.

Pengalaman Cik Tiva kami ke Johor – satu tangki penuh untuk pergi & balik cukup ke? 05

Masuk sahaja ke Pusat Bandaraya, minyak yang tinggal menunjukkan separuh, iaitu 4/8 bar. Untuk maklumat anda, urusan saya di Johor Bahru secara keseluruhannya meliputi pemanduan dalam bandar sebanyak 44 km. Cumanya apabila ada keluar masuk kereta, kipas penyaman udara yang saya tetapkan ada mencecah 4 bar. Maklumlah, Malaysia kan panas. Apapun, trafik berjalan dengan cukup lancar.

Pengalaman Cik Tiva kami ke Johor – satu tangki penuh untuk pergi & balik cukup ke? 06

Nampak tak Singapura di sebelah kiri tu?

Selesai sahaja urusan, saya pun pulang semula ke Nilai dan masuk sahaja ke Lebuhraya PLUS, tangki minyak Ativa terus menunjukkan bacaan 3/8 bar. Saya pun teruskan pandu dan tengok setakat mana Ativa boleh balik semula.

Pengalaman Cik Tiva kami ke Johor – satu tangki penuh untuk pergi & balik cukup ke? 07

Malangnya, Cik Tiva perlu berhenti di Shell RnR Pagoh kerana range hanya tinggal lagi 34 km. RnR seterusnya iaitu Ayer Keroh pula lagi 58 km. Jadi, memang tak sempatlah untuk isi minyak di sana. Kalau muda dulu, sangguplah tutup butang A/C & bawa 60 km/j sahaja tetapi dah tua ni, rasa tak kuasa pula untuk ambil risiko sebegitu. Karang naik darah tinggi, tak pasal-pasal pula.

Juga bacaIsi minyak bila lampu amaran menyala atau sebelum?

Pengalaman Cik Tiva kami ke Johor – satu tangki penuh untuk pergi & balik cukup ke? 08

Saya pun tetapkan pendirian untuk penuhkan semula tangki minyak Cik Tiva di Shell RnR Pagoh dan berdasarkan meter yang tertera di pam, ia memerlukan 27.6 liter. Kiranya setelah memandu 469 km (dari Shell Nilai turun ke JB sehingga ke Shell RnR Pagoh arah balik), Ativa telah menelan sebanyak 27.6 liter petrol.

Pengalaman Cik Tiva kami ke Johor – satu tangki penuh untuk pergi & balik cukup ke? 09

Kalau kita terjemahkan 27.6L/469 km ke standard liter/100 km, ia memberikan angka 5.88 liter/100 km. Range untuk satu tangki penuh yang asalnya menunjukkan bacaan sekadar 362 km pun meningkat ke 407 km apabila diisikan semula.

Pengalaman Cik Tiva kami ke Johor – satu tangki penuh untuk pergi & balik cukup ke? 10

Untuk pengetahuan anda, Perodua sendiri mengesahkan bahawa Ativa boleh pergi sejauh 18.9 km/l, iaitu penggunaan minyak serendah 5.29 liter/100 km. Berdasarkan kapasiti tangki minyak 36 liter, satu isian penuh pada Ativa kiranya boleh dipandu sejauh 680 km

Pengalaman Cik Tiva kami ke Johor – satu tangki penuh untuk pergi & balik cukup ke? 11

15.7 km/l je la yang mampu Ativa capai secara realistik..

Jadi, kami masih tertanya-tanya bagaimana mereka dapat capai angka sebegitu. Bacaan km/l paling tinggi yang ditunjuk pada kluster instrumen Cik Tiva hari itu pun setakat 15.7 km/l sahaja. 

Juga bacaPerodua Ativa (D55L) 2021 lebih jimat minyak dari Proton X50 & Aruz, sehingga 680 km setangki!

Pengalaman Cik Tiva kami ke Johor – satu tangki penuh untuk pergi & balik cukup ke? 12

Tetapi kalau difikirkan balik, bacaan 5.88 liter/100km tidaklah teruk sangat. Cumanya perasaan yang membuatkan Ativa seperti kuat makan minyak itu mungkin disebabkan oleh gear terakhir yang luar biasa pendek untuk transmisi jenis CVT (2,850 rpm@110 km/j). Tangki minyak Ativa pun setakat 36 liter sahaja. Ditambah pula dengan karakter enjin 3 silinder yang sinonim dengan operasi rpm yang lebih tinggi, lagilah.

Juga bacaTerkesan harga minyak naik? Perodua Bezza 2020 katanya jimat minyak!

Pengalaman Cik Tiva kami ke Johor – satu tangki penuh untuk pergi & balik cukup ke? 13

Bagi saya, alangkah lebih baik sekiranya Perodua dapat meningkatkan kapasiti tangki minyak Ativa. Maklumlah, rakyat Malaysia ni bukannya suka nak isi minyak sampai dua kali. Jadi itulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan mengenai pengalaman menggunakan Perodua Ativa untuk perjalanan jarak jauh. Nantikan kupasan kami mengenai aspek pemanduan pula di bacaan yang akan datang.

Juga bacaTop 5 kereta yang paling jimat minyak pernah kami uji – VW Passat jimat macam Axia?!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda