Pengecas EV GO TO-U dilancar di Cyberjaya, akan pacu sasaran 10,000 pusat di Malaysia menjelang 2025
Faisal · Jan 9, 2023 04:00 PM
Baru-baru ini, telah berlangsungnya pelancaran stesen mengecasGo To-U EV Lifestyle Hubyang pertama di negara kita iaitu di Cyberjaya. Untuk pasaran Malaysia, kita sudah sedia maklum bahawa kerajaan menyasarkan untuk menyediakan 10,000 unit pengecas EV di seluruh negara menjelang 2025.
Mengenai hab pengecasan ini, hasil melalui Memorandum of Understanding (MoU) di antara Cyberview Sdn. Bhd. dengan Roda Emas Industries Sdn. Bhd. (REISB) yang terjalin akan memberi tumpuan kepada infrastruktur pengecasan EV. Setakat ini, Cyberjaya sudah ada 17 stesen mengecas.
Kata Timbalan Pengarah Urusan Cyberview, Dr Mohd Hafiz, Cyberjaya sememangnya menggalakkan peralihan ke EV dan kami menyasarkan untuk mengeluarkan kadar pelepasan serendah sifar menjelang 2025. Menjelang 2030 pula, 60% daripada kenderaan di jalan raya akan merangkumi EV.
Dalam acara sama, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad menjelaskan bahawa setakat ini, negara kita sudah ada 900 tempat mengecas EV.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
Komen