window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pengecualian cukai jualan SST untuk sektor automotif dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021

Haris ยท Dec 29, 2020 04:30 PM

Pengecualian cukai jualan SST untuk sektor automotif dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021 01

Kementerian Kewangan Malaysia hari ini telah mengesahkan bahawa tempoh pengecualian cukai jualan SST yang sepatutnya tamat pada 31 Disember 2020 ini akan dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021.

Hal ini bermakna, tempoh pengecualian cukai SST bagi model CKD dan CBU (seperti yang tertakluk sebelum ini) akan dipanjangkan dalam masa 6 bulan lagi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pengecualian cukai jualan SST untuk sektor automotif dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021 01

Sebelum ini, Kementerian Kewangan Malaysia dilaporkan telah menolak rayuan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) untuk memanjangkan tempoh pengecualian cukai SST.

Walaubagaimanapun, surat rasmi bertarikh 29 Disember 2020 yang tiba di meja pengarang Wapcar.my menyatakan sebaliknya.

Pengecualian cukai jualan SST untuk sektor automotif dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021 02

Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa semua kereta penumpang yang dipasang di dalam negara (CKD), termasuk SUV dan MPV, (tetapi bukan kenderaan komersial seperti trak pikap) akan terus dikecualikan daripada membayar cukai jualan 10 peratus sehingga 30 Jun 2021.

Sementara itu, kereta baru dan import yang diimport (CBU) pula akan terus membayar cukai jualan separuh dari kadar normal (5%) sehingga 30-Jun 2021.

Pengecualian cukai jualan SST untuk sektor automotif dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021 03

Walaupun dilihat sebagai suatu langkah yang positif bagi pembeli, syarikat kereta pula akan menempuhi suatu lagi tempoh yang mencabar.

Semua senarai harga untuk model 2021 harus ditarik balik dan diganti, diharapkan agar pembeli supaya bersabar jika penjual kereta tempatan anda tidak dapat memberikan jawapan yang jelas buat masa ini.

Pengecualian cukai jualan SST untuk sektor automotif dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021 04

Selain itu, ramai kakitangan bahagian kewangan, jualan dan pemasaran di syarikat kereta akan melihat cuti tahunan mereka dibatalkan. Hal ini kerana berkemungkinan besar mereka terpaksa bekerja sepanjang hari cuti untuk menyesuaikan semula rancangan mereka.

Pengecualian cukai jualan SST untuk sektor automotif dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021 05

Pengumuman ini juga akan mempengaruhi harga beberapa kereta import yang baru dilancarkan juga, seperti Toyota GR Yaris, dan juga BMW M3 dan M4. Model kereta ini dilancarkan dengan tanggapan penghantaran akan dilakukan pada tahun 2021, oleh itu cukai jualan SST juga telah dikira.

Pengecualian cukai jualan SST untuk sektor automotif dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021 06

Selain daripada itu, pihak Kementerian Kewangan Malaysia juga telah melaporkan telah membatalkan cadangan kiraan harga kereta baru secara OMV untuk kenderaan baharu berkuatkuasa tahun 2021.

Cadangan tersebut yang bakal menyaksikan kenaikan harga kereta sehingga 20% telah dibatalkan.

Pengecualian cukai jualan SST untuk sektor automotif dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021 07

Industri automotif kini menarik nafas lega dengan pengumuman kedua-dua inisiatif ini. Selain daripada pengeluar kereta, peniaga kereta terpakai juga menerima kesan langsung terhadap inisiatif-inisiatif ini.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda