window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pengecualian cukai SST 2021 - 2 bulan lagi sebelum harga kereta Honda naik?

Faisal · Apr 28, 2021 08:00 AM

Pengecualian cukai SST 2021 - 2 bulan lagi sebelum harga kereta Honda naik? 01

Diskaun dan pengecualian cukai jualan (SST) untuk kereta baru dan recond dibawah pakej rangsangan Penjana akan tamat menjelang 30 Jun 2021. Secara tidak langsung, pembeli hanya ada masa kurang dari 2 bulan sahaja lagi untuk merebut peluang memiliki kereta baru dengan pengecualian/diskaun cukai SST.

Bagi anda yang belum tahu, kereta yang dipasang tempatan (CKD) dikecualikan dari cukai jualan 10 peratus. Kereta yang diimport (CBU) pula mendapat diskaun cukai jualan sebanyak 50 peratus (cukai jualan sebanyak 5 peratus).

Pengecualian cukai SST 2021 - 2 bulan lagi sebelum harga kereta Honda naik? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sekiranya anda berminat untuk membeli kereta Honda, kami telah senaraikan model Honda seperti di bawah untuk bandingkan harga termasuk pengecualian/diskaun cukai SST serta harga mengikut cukai jualan yang penuh.

Pernbandingan Harga Honda di Malaysia berdasarkan pengecualian/diskaun SST 
Model Harga sehingga 30 Jun Harga dengan SST*
City 1.5 S RM 74,191 +4.08% (anggaran)
City 1.5 E RM 81,664 +4.28% (anggaran)
City 1.5 V RM 86,561 +4.37% (anggaran)
City 1.5 RS RM 105,950 Akan diumum
Jazz 1.5 S RM 72,511 RM 75,300
Jazz 1.5 E RM 78,161 RM 81,400
Jazz 1.5 V RM 84,955 RM 88,700
BR-V 1.5 E RM 86,726 RM 89,900
BR-V 1.5 V RM 93,420 RM 96,900
HR-V 1.8 E RM 104,000 RM 108,800
HR-V 1.8 V RM 113,421 RM 118,800
HR-V 1.8 RS RM 118,581 RM 124,800
Civic 1.8 S RM 109,326 RM 113,600
Civic 1.5 TC RM 125,081 RM 129,600
Civic 1.5 TC-P RM 134,661 RM 139,600
CR-V 2.0 2WD RM 139,912 Akan diumum
CR-V 1.5 TC-P 2WD RM 157,615 Akan diumum
CR-V 1.5 TC-P 4WD RM 162,910 Akan diumum
Accord 1.5 TC RM 178,203 RM 185,900
Accord 1.5 TC-P RM 187,390 RM 195,900
Odyssey 2.4 EXV RM 249,393 RM 258,896

*Harga yang tertera adalah dalam bentuk anggaran.

Bermula 1 Julai nanti, harga kereta dijangka meningkat berikutan pengecualian/diskaun cukai jualan yang sudah tamat. Perlu dimaklumkan juga bahawa dengan kembalinya semula cukai SST, harga tidak semestinya serupa dengan zaman sebelum sebelum pengecualian cukai SST dilaksanakan. Hal ini disebabkan oleh senarai harga yang perlu diluluskan semula oleh pihak kerajaan. Disebabkan itulah kami menjelaskan harga mengikut anggaran.

Pengecualian cukai SST 2021 - 2 bulan lagi sebelum harga kereta Honda naik? 01

Untuk mereka yang ingin mendapatkan harga dengan pengecualian cukai SST, kereta tersebut perlu didaftarkan sebelum 30 Jun 2021. Namun begitu, pembekalan cip di peringkat global yang sedang terhad boleh menjadi penghalang untuk pengedar mendapatkan stok kereta. Jadi, hubungi pengedar anda sebelum tamatnya pengecualian/diskaun cukai SST.

Juga bacaBekalan cip semikonduktor berkurang, produksi kereta di Malaysia akan terganggu

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda