Pengecualian cukai SST untuk kenderaan sah tamat 31 Disember 2020!

Haris · Dec 24, 2020 04:00 PM

Pengecualian cukai SST untuk kenderaan sah tamat 31 Disember 2020! 01

Kementerian Kewangan (MoF) telah menolak rayuan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) untuk memanjangkan tempoh pengecualian cukai SST semasa hingga 30 Jun 2021.

Menurut laporan Careta.my , tarikh akhir pemotongan bagi kereta baru untuk mendapat pengecualian cukai jualan 10 peratus adalah pada 31 Disember 2020.

Pengecualian cukai SST untuk kenderaan sah tamat 31 Disember 2020! 01

Kereta mesti diserahkan ke pusat jualan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2020, dan didaftarkan sebelum 31 Jan 2021.

Kereta yang dihantar ke pusat jualan selepas 31 Disember 2020 akan dikenakan cukai jualan 10 peratus, tanpa mengira tarikh pendaftaran.

Pengecualian cukai SST untuk kenderaan sah tamat 31 Disember 2020! 02

Sebelum ini, MAA telah memohon MoF untuk menambah masa pengecualian cukai SST sekurang-kurangnya sehingga 30-Jun 2021, memandangkan masih banyak syarikat kereta yang masih berjuang untuk memenuhi pesanan terkumpul.

Pengecualian cukai SST untuk kenderaan sah tamat 31 Disember 2020! 03

Situasi Covid-19 juga telah mengganggu rantaian bekalan, sehingga menyukarkan usaha syarikat kereta untuk memenuhi semua pesanan yang diterima dalam tahun ini.

Ketika Malaysia menjalani tempoh PKP yang pertama, kilang pembuatan telah menyesuaikan rancangan pengeluaran dan pesanan komponennya. Namun pakej rangsangan Penjana yang diumumkan pada bulan Jun 2020 telah menyebabkan permintaan yang terlalu mendadak.

Pengecualian cukai SST untuk kenderaan sah tamat 31 Disember 2020! 04

Pengilang selalunya memerlukan masa 3 hingga 6 bulan untuk memesan komponen, logistik, dan syif kerja justeru sukar untuk memenuhi permintaan yang mendadak tersebut.

Walaubagaimanapun, MoF mempunyai pandangan yang berbeza mengenai pengurangan cukai tersebut. Bilangan kereta yang dijual sangat banyak tetapi hanya satu pertiga sahaja hasil cukai yang mampu dikutip berbanding biasa lalu menyebabkan kekurangan dana dalam pembangunan negara.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Honda City 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru