window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pengecualian duti eksais, harga motosikal CKD bawah 150 cc dijangka turun!

Khairil ยท Mar 18, 2021 11:30 AM

Pengecualian duti eksais, harga motosikal CKD bawah 150 cc dijangka turun! 01

Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang diumumkan kerajaan, semalam menyaksikan motosikal Pemasangan Tempatan (CKD) dengan kapasiti enjin 150 cc ke bawah akan dikecualikan duti eksais 100 peratus.

Perkembangan itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tempoh pengecualian itu akan bermula 1 April ini sehingga 31 Disember 2021.

Pengecualian duti eksais, harga motosikal CKD bawah 150 cc dijangka turun! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Duti eksais adalah cukai yang ditetapkan oleh kerajaan di bawah Seksyen 6, Akta Eksais 1976 yang dikenakan ke atas barangan berduti yang dikilang oleh syarikat yang dilesenkan di bawah Seksyen 20, Akta Eksais 1976.

Duti ini juga dikenakan ke atas barangan yang sama sewaktu diimport dan barangan yang tertakluk kepada duti eksais yang diwartakan dalam Perintah Duti Eksais 2017 ini termasuklah kenderaan bermotor.

Justeru apabila pengecualian 100 peratus duti eksais dilaksanakan, kos yang ditanggung pengeluar dan pengilang motosikal akan berkurangan yang memungkinkan penurunan harga untuk berlaku.

Pengecualian duti eksais, harga motosikal CKD bawah 150 cc dijangka turun! 01

Gambar hiasan

Begitupun, perincian lanjut mengenai perkara berkenaan masih belum diumumkan.

Apa yang pasti, keputusan yang dibuat kerajaan ini membuatkan ramai pembeli mungkin perlu menangguhkan hasrat untuk membeli motosikal CKD bawah 150 cc sehingga 1 April ini.

Pengecualian duti eksais, harga motosikal CKD bawah 150 cc dijangka turun! 02

Sebelum ini, Kerajaan melalui Kementerian Kewangan bersetuju melanjutkan tempoh pengecualian cukai jualan 100 peratus untuk semua model kereta CKD dan 50 peratus untuk kenderaan import (CBU) bagi tempoh enam bulan.

Ia sekali gus menggalakkan dan merancakkan penjualan kereta baharu di Malaysia ketika ini.

Sumber berita: Bernama

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda