window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pengecualian SST bagi kereta CKD, CBU 50% dilanjutkan lagi sehingga 31 Disember 2021

Mersita ยท May 31, 2021 10:55 PM

Pengecualian SST bagi kereta CKD, CBU 50% dilanjutkan lagi sehingga 31 Disember 2021 01

Melalui strategi menyokong kelangsungan perniagaan di bawah program Bantuan PKP 3.0 Pemerkasa, pengecualian cukai jualan atau SST bagi kenderaan dipasang tempatan (CKD) dan kenderaan impot (CBU) akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Terdahulu, pengecualian cukai jualan bagi sektor automotif ini bermula pada 15 Jun 2020 dan dijadualkan berakhir pada 31 Disember 2020. Namun, ia dilanjutkan lagi sehingga 30 Jun 2021 dan kini lanjutan kedua kali baru sahaja diumumkan iaitu sehingga hujung tahun ini.

Pengecualian SST bagi kereta CKD, CBU 50% dilanjutkan lagi sehingga 31 Disember 2021 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ramai pembeli kereta yang dahulunya bergegas untuk menyelesaikan proses pinjaman pembelian kenderaan mereka supaya mereka boleh menikmati penjimatan daripada pengecualian cukai ini.

Nampak gayanya anda sudah boleh menarik nafas lega dan terus nikmati penjimatan yang diberi.

Baca juga: Senarai kereta CKD dengan pengecualian cukai SST penuh sebanyak 10%

Pengecualian SST bagi kereta CKD, CBU 50% dilanjutkan lagi sehingga 31 Disember 2021 01

Struktur pengecualian cukai jualan (SST) ini masih sama – 100 peratus pengecualian bagi kenderaan dipasang tempatan (CKD) dan 50 peratus pengecualian bagi kenderaan impot (CBU) – 0% cukai bagi CKD dan hanya 5% cukai bagi CBU berbanding kadar asal SST 10%.

Pengecualian cukai ini hanya tertakluk kepada kereta penumpang dan tidak termasuk kereta komersial seperti trak pikap.

Pengecualian SST bagi kereta CKD, CBU 50% dilanjutkan lagi sehingga 31 Disember 2021 02

Pengumuman ini dibuat menerusi Perutusan Khas oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin menerusi pengumuman pakej stimulus ekonomi, Pemerkasa, hari ini dimana kerajaan Malaysia membelanjakan RM 40 bilion bagi membantu negara mengharungi pandemik COVID-19 yang semakin mengganas.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda